Sarip (bukan nama sebenar dan tidak ada kaitan pun dengan ramli sarip) adalah seorang pemuda kampung yang juga merupakan pemuda harapan bangsa. Namun begitu semenjak dua, tiga, empat menjak ini Sarip telah dihinggapi oleh satu penyakit misteri yang digelar penyakit was-was. Apa kata kita semua ramai-ramai pakat tengok lintas langsung yang dijalankan di rumah beliau di kampung batang terjuntai-juntai.
Kita terjahhhh beliau..................!!
"Apa lama sangat hang kat dalam bilik air tu?. Hang dok wat apa Sarip oihh?", tanya ibunya Sarip (ibu kepada Sarip). "Kata tadi nak amik air sembahyang jaa, mak dah tak tahan nih... nak basuh kain." Bebel Mak Cik Kelesom (nama samaran) setelah mendapati anak terunanya itu mengambil wuduk melebihi had masa seorang pewuduk *ada ke pepatah ni?(aku men bubuh ja). Yelah, berwuduk yang tak sampai lima minit dah menjadi lima belas minit. Kroikkkkk.. pintu bilik air berbunyi. Sekonyong-konyong keluarlah si Sarip dari bilik air dengan baju dan kainnya basah lencun. Mengalahkan orang baru mandi, atau paling koman pun kalau tak kalah, seri.
Setelah bersiap lebih kurang, beliau pun bergegas ke masjid yang cukup dekat dengan umah beliau itu(tak sempat nak kentut dah sampai pun). Di dalam masjid tok imam muda baru sahaja memulakan solat asar. Sarip pun mula mengangkat takbir, " Allah..." tetapi tidak menjadi takbiratul ihramnya, kemudian tak jadi jugak, seterusnya pun tak menjadi lagi dan lagi dan lagi.... sehinggalah masuk rakaat kedua barulah dia berjaya mengangkat takbir dengan penuh tawaduk.
Begitulah penyakit was-was yang melanda diri beliau. Ketika mengambil wuduk juga beliau sering membasuh anggota wuduk secara berlebih-lebihan. Selain itu beliau juga akan berwuduk semula jika merasa was-was dengan wuduk yang diambil. Sehingga ada ketika tok imam muda menegur Sarip yang masih berwuduk dari subuh hingga ke zuhur.
Ketika menjalani aktiviti seharian, beliau turut dilanda masalah yang sama. Cuma ketika ingin beribadah, penyakit was-was belaiu itu semakin menjadi-jadi dan akan hilang secara automatik tatkala berada di padang bola.
p/s: Moral of HIS Story.. memang ada syaitan yang sudah termaktub kerjanya menjadikan hati kita ragu-ragu atau was-was. Supaya kita terhindar daripada bisikan syaitan, amalkanlah membaca surah Annas dan ayat kursi. =)
3 comments:
itu dah mmg kerja syaitan kan.. dah berikrar dan berjanji untuk menyesatkan umat nabi muhammad saw..
klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...
btul2..ksian kt diorang nih..tp spatutnya jgn layan bisikan tsebut..
air sbhyang 3x tue dh cukup..kalo bsuhan ptama x rata..2 bsuhan lgi wat la tul2..
mudah2n kita dhindari dr msalah nih..
nauzubillah..
entry yg bgus..sian mak sarip n anak nya.ingat ke da bau2 bacang ngn ramli sarip..bru nk mnx autograf..huhu
ada sorang hamba Allah masih muda/sihat lagi, dari cara pakaian macam mnyertai tarikat. yg anihnya, tiap kali rakaat dia memegang tiang masjid untuk bangun! ni ustad mana nak jawap ni..?
Post a Comment