apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Friday, June 11, 2010

Kenduri Kahwin?? Apa kata mereka................

Mari kita selami pengertian Kenduri Kahwin oleh beberapa makhluk tuhan yang sempat ditemuramah oleh Leman semasa bercuti di kampung..



Kita saksikan........................







APA KATA MEREKA??



********************************
ROSLI (bukan nama beliau). Seekor monyet pemetik kelapa yang professional.

"Bagi saya Kenduri Kahwin ni bermaksud kerahan tenaga. Saya bekerja tanpa henti bagi menjayakan majlis kenduri tersebut. Kari atau gulai memerlukan santan yang banyak. Santan hasil daripada kelapa, kelapa hasil daripada mana?? DEN JUGAK yang POIE PETIK nyo!!"


*********************************
JOHAN (nama dalam kad pengenalan). Seekor ayam yang sedang menanti masa untuk berwudhuk eh disembelih. Selamilah kata-kata terakhir beliau.

"Kenduri Kahwin bagiku hanyalah ketakutan yang tidak berpenghujung. Hari-hari yang berlalu bagaikan tiada erti. Apalah dosaku, aku hanyalah seekor ayam. Aku mau hidup!!"


**********************************
ATAN (nama sebenar). Seekor semut yang bertungkus-lumus mengangkat cebisan kuih peneram ketika temuramah sedang dijalankan. Beliau telah kehilangan kakinya akibat kencing paling manis.

"Kenduri Kahwin ni memang saya nantikan. Waktu inilah saya dapat makan sepuas-puasnya. Daging si Johan yg enak itu pun sudah dibungkus pulang. Ditambah pula dengan air sirap bandung buatan Pak Karim. Memang jelas terasa nikmatnya!!"


***********************************
L (bukan watak dalam crita DEATH NOTE). Nama singkatan bagi seekor lembu yang kelihat tercungap-cungap menarik nafas tatkala penat melarikan diri setelah dikejar penduduk kampung. Kita terjah beliau... zassSS

"Setiap kali Kenduri Kahwin pasti ku terkenangkan memori zaman kanak-kanak. Seronok nya bermain... eh ehh?? Apa ni? Jangan!! Jangan!! Tolonggggggg!!! Makkkkkkk"
-kata-kata terakhir beliau sebelum berjaya ditangkap Lebai Sarip(seorang penangkap lembu handalan)-


************************************
SAMUEL (nama samaran). Beliau merupakan seekor siput babi yang tiada kaitan pun dalam kisah ini. Namun kita dengarlah luahan hatinya. Dipersilakan....

" Tidak kira hari kahwin ka apa ka. Hari-hari kami dihina. Ada saja yang mencacai. Kami hanyalah siput dan 100% xdak kaitan dengan sorang lg tu BAB!.. Pasal kau BAB! diorang semua panggil aku SIPUT BABI!!"
-Siput Babi itu dalam perjalanan membuat aduan mengenai perkara ini di ADUAN RAKYAT-





-sekian-

7 comments:

| CHYMARA | said...

hhahaha. ade ke ptt haiwan pon boleh meluahkan perasaan. siput babi la lawak, mmg xkkan smpai lah ke aduan rakyat tu ;p nice funny jokes btw !

Berto said...

ATAN (bukan nama sebenar) seorang manusia yg malas nak masak, x de duit, dan x tau malu:-

"Musim knduri kawin adalah lebih best dari musim worldcup, sbb saya akan pergi semua kenduri x kira kenal ke x, dpt makan free,,"

Koje said...

babi btol la....

iniAKU said...

haha..
ksian kat babi xpasal femes murahan :P

kain_sari said...

nie kenduri kawen haiwan nmeyer..ish3..;p

musim kenduri kawen best..sbb dpt memeriahkan majlis kenduri org..;p

eita said...

hahaha.....
sian betol lah sumer binatang2 tu...
pada siput babi tu sempat ke nak gi mengadu tu???

Jieda said...

kesian kat siput babi tu ye he3