apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Thursday, June 24, 2010

Sungguh KEJAM!!!

Pagi yang tak berapa nak ceria, kelapa serabut, otak semak tapi nasib baik perut kenyang. Atas sebab-sebab tak tahan mendengar bebelan seorang pendidik di pagi hari, aku bersiap-siap sehensem yang boleh. Deodorant dan perfume telah ku sembur ke seluruh anggota wudhuk.

Jam 10.30 pagi
Kaunter Pejabat Pendaftaran New Castle

Kad Pengenalan atau i.c aku telah reput tak ubah macam kangkung kena celur. Bait-bait huruf yang tertera sudah tidak kelihatan. Kalau hampa semua tengok i.c aku mesti hampa tak lalu nak makan.(sebab tu aku tak mau upload). Hanya housemate aku dan beberapa insan saja yang pernah melihat.

Duit denda telah ku bayar, dan sekarang hanya menunggu giliran untuk sesi penggambaran (rasa macam artis pun ada). Mak cik yang jaga kaunter tu lak muka tak ubah macam Mak Senah kaki gossip di Kampung Adelaide. Nombor giliranku mengena. Ya! 3344. Jangan sapa-sapa pi beli nombor 4D plak.

"Dik sila pakai blazer ye", ucap makcik itu penuh sopan. Mungkin dia ni sorang yang berdedikasi. Blazer dipakaiku. Wow sungguh maskulin. Teringin nak mendaftar jadi model pun ada time tu. "Dik cepat sikit ye", tegur makcik tersebut. Potong stim betui la dia ni.

Aku pun duduk dan berposing semaksima mungkin. Senyuman terukir manis dibibirku dan tiba-tiba. Makcik itu kembali bersuara, "adik ni cacat ke??". KebabOOMmM.. Nak gugur bulu ketiak aku pada saat itu. "Kenapa makcik cakap saya cacat??" tanyaku kehairanan. "Makcik tengok adik takde telinga pun. Sebab tu makcik kata cacat." Balas makcik itu penuh kondifent.


AKU CACAT?? TAK ADA TELINGA?? what the FCUK..

Hanya kerana paras rupa rambutku begini, aku di katanya cacat!. Sungguh Kejam.
Anda nilailah sendiri..... dibawah.








aku suka dengar lagu band mereka!!



p/s: Penantian adalah satu penyeksaan. Rasa nak bawak kereta laju-laju pastu langgar lembu pak karim pun ada. Dah langgar pastu reverse then spin atas ekor beliau duaplohpat kali. Arghhhhhhhhhhh!!!!

9 comments:

melatidaisy said...

ye, saya dah nilaikannya, dan lepastu sy sambung gelak..hehe

anyone of us. said...

ahahahhaa

cacat cacat cacat cacat cacat cacat cacat cacat!ahhha

azzim

dhob said...

konon rmbut hang cmtula..

ace~ said...

hahaha..sdp mulut je mkcik 2..

Anonymous said...

hahaha..yang kali u wat rambut yg kite plan tu..pnjng smpi lutut..baru makcik tu tdiam trus..huhhu..mukhsin2..

ace~ said...

bro..jom compare ngan video aku post ni.mane lg kejam
http://sikepalaberapi.blogspot.com/2010/06/kejam-gila.html

NOOR FATIN said...

lempang je laju2! haha

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

aallaaa chantek apa gambar begitu.. kenapa itu makcik cakap lu cacat.... huhuhu kalau tol cacat pun apa hak dia nak berkata begitu.. sungguh kurang sopan tol.. hik hik..

mooie said...

hahaaaa..
gila boleh dia kata hg x da telinga..hahaa