apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Sunday, June 20, 2010

Terlewat Solat Subuh!!!


Apabila Mat terjumpa ayah Zura, dia terus memakai ketayap. Mat tahu ayah Zura alim orangnya. Bukan sebarang orang boleh jadi menantunya. Mujurlah Mat pandai berlakon.


Apabila melihat ketayap atas kepala Mat tidak pernah lekang, Haji Din bersetuju menikahkan anaknya si Zura dengan Mat. Sekali lafaz, sahlah akad nikah.


Malam pertama Mat dan Zura lambat tidur. Banyak benda nak dikemaskan. Akhirnya semua tertidur setelah pukul 2.00 pagi. Esoknya Haji Din mengejutkan seluruh ahli keluarga solat Subuh berjamaah. Mat terlambat bangun dan Haji Din menyuruh Mat solat seorang diri.


Mat pun iqamat dan menunaikan solat Subuh. Selesai member salam, Haji Din menanya Mat : “Hai Mat, kenapa solat Subuh tiga rakaat?”.


Lantas Mat menjawab : “Eh.. yeke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi ayah.”


“Masya-Allah!” Haji Din mengucap panjang sambil menepuk dahinya laju-laju.



p/s: sembahyanglah Kamu sebelum Kamu di sembahyangkan... =)


8 comments:

Ummul said...

sengal punya mat!

MeMoRi Di HaTi said...

wakakakak siut punyer mat!! gilo apa dia ni..

♥xaturen♥ said...

Mat memang pandai berlakun, jadi pandai2lah kita menilai sesaorang, jgn jadi seperti mentua Mat tu..

Anonymous said...

tak boleh belah. haha. ;)s

Bert said...

dia smayang isyak kot tu..

Cik Ubi said...

ingatkan pat rkaat!..haha~bini die trus x bagi nafkah batin setaun..wek

Anonymous said...

huhu..tulah pasal..yang kali bile kite nak myayangi seseorg jadilah diri sendri..bukan cube tok jadik org lain..

muni said...

hahahaha kim salam kat mat, >__<