apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Tuesday, June 22, 2010

SAYANG SAYA TIDAK DAPAT MELIHATNYA.......

Seorang remaja yang buta kedua-dua belah matanya, duduk di tepi sebuah bangunan di tengah ibu kota, dengan pakaian kotor dan wajah yang comot.

Di hadapannya diletakkan sebuah bekas plastic dan sekeping kertas tebal yang tertulis perkataan ; ‘SAYA BUTA DAN BANTULAH SAYA’. Di dalam bekas plastik itu hanya kelihatan beberapa keping duit syiling. Hanya itu sahaja yang diperolehinya hari itu walaupun sudah hampir tiga jam meminta sedekah di pinggir bangunan besar tersebut.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang berpakaian kemas datang dan berdiri di hadapannya. Lelaki itu mengeluarkan beberapa keping duit syiling dari poketnya dan memasukkan ke dalam bekas plastik di hadapan remaja tersebut. Lelaki itu kemudiannya menterbalikkan kertas tebal tersebut dan menulis sesuatu di permukaannya.

Kertas tersebut diletakkan kembali di sisi bekas plastik dihadapan remaja buta, dan lelaki itu pun berlalu pergi. Tanpa diduga, selepas lelaki berkenaan pergi, semakin ramai orang yang menderma. Bukan sekadar duit syiling, bahkan not-not biru, hijau dan merah juga masuk ke dalam bekas plastik di depan remaja berkenaan.

Beberapa jam berlalu, dan lelaki berpakaian kemas itu kembali dan menegur remaja buta.

“Encikkah yang menukar tulisan pada kertas saya ini?” Tanya remaja itu.

“Ya”, jawab lelaki itu.

“Apa yang Encik tulis?” Tanya remaja itu lagi.

“Saya tulis awak ini buta, tetapi dengan cara yang berbeza.”


Apa yang ditulis oleh lelaki itu ialah ; “HARI INI SUNGGUH INDAH, TAPI SAYANG, SAYA TIDAK DAPAT MELIHATNYA.”





p/s: Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan kepada kita, sentiasa positif, kreatif dan selalulah melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Jangan kita hina yang lemah, tetapi bantulah mereka.

6 comments:

melatidaisy said...

salam,

tq for dis entri

insaf*

Anonymous said...

btol tu..kadang2 kite yg dapat melihat ni pon, ag truk dr org yg buta..atleast dorg x buta hati cam kite2 yg boleh melihat ni..

*azniza orchid* said...

knape incik tu kdekut bg duit syiling je?..but ok la die tukarkan dgn ayt yg lebih teharu bile bace..huhuhu~

maCy said...

syukur dengan rezeki nikmat pancaindera..

try tgl jejak kt shoutbox tp xleh..huuu

juma said...

bagus ar cara penulisan ko mukhsin..

miMiE aZiMaSK ^V^ said...
This comment has been removed by a blog administrator.