apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Monday, June 14, 2010

Mimpi Basah..........................

Malam itu suasana sunyi-sepi. Blok Aspura yang didiami pelajar lelaki begitu suram. Sayup-sayup kedengaran kicauan burung memecah kesunyian malam. Begitulah keadaannya pabila semua makhluk-makhluk tuhan asyik dibuai mimpi.

Usin menginap di sebuah dorm di aras 3 Blok Aspura. Dorm itu diberi nama Ibnu Khaldun walaupun separuh daripada penghuni nya berperangai mengalahkan jin ifrit. Di dorm itulah upacara membuat magee secara besar-besaran sering dilakukan dan macam-macam lagi.

Sedang Usin enak diulit mimpi-mimpi indah tetapi kering, perutnya mula membuat karenah. Kruikk kruikk perut Usin berbunyi. Bukan menandakan masuknya waktu Subuh tetapi itulah amaran bencana alam bakal berlaku.

Usin terjaga dari tidur tatkala perutnya mengalami kesakitan yang luar biasa. Baru Usin teringat bahawa selepas bermain bola di padang, beliau telah mengepau setin biskut hwa tai milik junior yang baru dibeli. Mungkin biskut itu telah disumpah menjadi julap dan menyebabkan Usin sakit perut yang teramat.

Tanpa membuang masa, Usin mengejut Berahim sekutu kuatnya yang tidur di katil sebelah. "Berahim.. Berahimm.. bangun la sayang mangkuk, teman aku pergi tandas kejap," rayu Usin penuh manja. "Ye yee aku dah bangun ni," balas Berahim sambil menarik selimut ke atas. "Celaka engkau Berahim, aku dah tak tahan nih. Cepat laaa."Usin memarahi Berahim yang perangai macam bab!. "Yelah aku dah bangun nih," Berahim seraya berkata dek kesiankan si Usin.

Mereka berdua berjalan ke tandas yang diterangi dengan lampu pendaflour. Usin pun masuk ke dalam jamban tandas. "Kau jangan lama sangat Usin, aku mengantuk ni," kata Berahim sambil menguap. "Kejap jela tak lama pun, kau rilek jer," balas Usin memberi harapan.

Sedang kusyuk Usin membuang barangnya tiba-tiba. "Kau cepat sikit Usin, aku dah tak tahan kat luar ni," tegas Berahim yang tensen menunggu di luar. "Jap japp sikit je lagi dah nak sampai dah ni," balas Usin. Crett cretttt (sound effect)...

"Usin lagi 2 minit kau tak keluar aku balik," kata Berahim dengan nada yang serius. Suuhhhh suhhh bunyi air mengalir keluar daripada getah paip menandakan Usin hampir selesai. "Aku di dalam siapa di luar," Usin bersuara dengan niat menghiburkan Berahim yang keseorangan di luar. "Bab! kau nak main2 lagi. Aku pergi jugak kang," balas Berahim.

Usin keluar dari tandas dengan penuh senyuman lantaran hajatnya telah dipenuhi. "Jom.. jom..balik," Usin mengajak Berahim pulang ke dorm mereka.

Sesampai nya di dorm, Berahim menyatakan bahawa dia hendak pergi minum air sebentar. Berahim menyuruh Usin masuk dahulu. "Okey.. okey aku tunggu kau kat katil.. hihiii" kata Usin sambil ketawa kecil.

Usin merebahkan badan sambil matanya memandang katil Berahim. Usin menggigil keseorangan. Beliau tidak percaya dengan apa yang dilihat. Jelas kelihatan tubuh Berahim yang sedang nyenyak tidur di katilnya. Usin tergamam.

Siapakah yang menemani Usin ke tandas sebentar td?. Adakah Berahim atau makhluk lain yang menyamar menjadi rakannya itu?. Semuanya masih menjadi persoalan hingga kini. Usin bingung memikirkannya.


p/s: Semua asrama berpenghuni kan? emm maksud saya "Penghuni" yang ehem ehemm. Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Misteriii =)





9 comments:

Anonymous said...

seram beb...penah dgar jgak cerita2 mcm ni..tapi tajuk tu aku dah pk lain dah..hehe

epalmanis said...

haha. zmn da maju la. berahim guna robot klon die teman usin. hik3

♥xaturen♥ said...

...Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Misteriii.....

~fisha~ said...

meremang!!!!!!!!!!

Naomi yang tulis said...

Typical malay story. tapi once dah kene, hambik kau. grrrrrrrrrrrrrrr.

| CHYMARA | said...

mak aihhhh! scarry gilee :S

Anonymous said...

assalamualaikum brother.
aku malu nak story. tapi sebenarnya, aku dah dapat merungkai segala misteri yang kau alami!

kalau kau nak tahu, sebenarnya berahim tu bapak aku lah! hahah.

ok aku taw belakang seluar kau dah basah bila baca cmnt aku ni. chiow!

Ana Joe said...

haha. meremang bulu roma baca entri nih.
haisshh suspen jep. hehe

azimask said...

erkk siap main main tuh... minum air pulak.. adusss.... menakutkan kan... huhuhuhu

mie setakat dengar 2 tuh biasa la.. dok tolak tarik baldi n printer jalan.. tuh biasa.. tak pernah bersemuka.. n tak mau bersemuka.. takott.. huhuh

klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...