"Nurse.... boleh saya tengok bayi saya..." seorang ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum, jururawat membawakan bayi lelaki yang masih merah itu. Si Ibu menyambutnya dengan penuh senyuman. Dibuka selimut yang menutupi wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuannya.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat tatkala melihat bayi yang dilahirkannya tiada kedua-dua cuping telinga.
Namun, gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek di pangkuannya. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si Ibu.
Masa terus berlalu......
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis teresak-esak memberitahu bagaimana dia sering diejek rakan-rakan. "Mereka semua kata saya cacat..." kata anak kecil itu kepada si ibu.
Si Ibu menahan sebak. Dipujukya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa kedua-dua cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si Ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu pula bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Dua tahun berlalu......
"Anakku... kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah berjaya mendapatkan seorang penderma, tapi... dia mahu dirinya dirahsiakan..." kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang dialami si anak sebelum ini hilang dan digantikan keceriaan.
Rakan-rakan memuji ketampanan paras rupanya. Si anak cukup gembira, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak itu menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini. Saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali kepada ayah dan ibunya.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba," sambung si ayah.
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk tanda sependapat dengan suaminya. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba jua akhirnya. Ketika si anak duduk di sisi ibunya yang telah meninggal dunia, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut si Ibu yang telah tiada.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. Dadanya sebak tidak terperi. Mata bergenang menahan air jernih dari mengalir.
"Ibumu tidak pernah membuka tudung yang dipakai dan dia juga tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tidak ada sesiapa yang pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia lah satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui."
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
13 comments:
ok cerita ini sedih.... ada syahdu disitu.. besarnya pengorbanan ibu kan... oowwhh i love my mak!!!
sin..tacin btol cter kali ni..
but nk bg kredit! thumbs up!! =)
O' Allah almighty,
May you bless all moms in this world.
Love.
best..menyentuh jiwa apek..hehehe
best..menyentuh jiwa apek..hehehe
credit untuk semua ibu dan bapa di dunia yang semacam ini.
sedihnya..arrr nak balik kampung jumpa mak abah..tanpa ibu dan bapa siapalah kiter..
heran jugak ada yang tak mengenang budi ibu bapa ketika ini.
cm2 skali mak sanggup berkorban utk anak2 kn.anak2 lak slalu pdg sblh mate..ade yg derhaka lak 2..nauzubillah,jgn kte jd ank yg derhaka k..
'Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu'
titik dan noktah
:(
sedihh si anakk itu. klw la dye tahu ibunye lahh si penderma sebelum operation dijalankan.... msty dye sanggop tade tlinge smpai ble2. huwaaa!!!!!
aw aw...sedihhhh!
huhuhuhu...memang sedih....
bersyukur lah dengan apa yang kita miliki hari ini....
nice story..;p
sebak gak bce entry nie...
sungguh mendalam citer nie..nasib si anak tak lupa diri..
kkasih sorang ibu sehingga ke akhir hayat..;p..syg emak..
Post a Comment