apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Wednesday, June 2, 2010

Bertaubatlah KAMU sebelum Terlambat!!

Di dalam sebuah kampung yang permai, kelihatan 3 sekawan remaja yang suka membuang masa dengan melepak. Seorang nama Murad, sorang Busu dan seorang lagi Husin. Aktiviti seharian mereka ini memang menyusahkan banyak pihak, ini menyebabkan tok imam terpaksa turun padang untuk selesaikan masalah budak budak mental ni. Ramai yang tidak senang duduk dengan perangai mereka ini, tetapi apakan daya hak untuk menegur hanya terletak pada bahu tok imam sahaja.

Pada satu hari, tok imam telah datang kepada mereka dengan niat hendak mentarbiyahkan mereka. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar, Tok imam mencabar mereka ke surau pada waktu Maghrib nanti.

Dengan bongkak Murad berkata " Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan pada seluruh pelusuk kampung yang kami ni bukan la sejahil mana seperti yang disangkakan ".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah mereka bertiga ke surau, bagi menyahut cabaran tok imam.

Bila mereka sampai sahaja di surau, tok imam pun menyuruh Murad melaungkan azan. Tanpa berlengah lagi Murad terus sahaja melaungkan azan " Allah Ta'ala... Allah Ta'ala ". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan dan kebengapan si Murad yang bongkak itu.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal juga, angkat sekali tak khusyuk, masuk 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi.

Masuk sahaja kali ketiga, Busu panggil tok imam. " Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya yang jadi imam " Tok imam pun dengan penuh yakin undur ke belakang untuk memberi laluan kepada si Busu.

Busu pun angkat la takbiratul ihram " Allahu akbar! " Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba tiba si Busu pusing menghadap ke belakang dan berkata " Aaa, tengok! Sekali je tok!! " Lalu batallah solat Budin dan jemaah yang lainnya. " Tidak boleh harap juga kamu ni " tegas Tok Imam.

Tok imam pun meminta si Husin pula menjadi imam, si Husin tanpa berlengah lagi terus ke depan untuk menjadi imam. Solat tersebut berjalan dengan lancar, bermula dari takbir sampai la habis sembahyang. Siap dengan wirid wiridnya sekali, doa pun sampai mencecah setengah jam lamanya.

Punyalah respek tok imam dekat si Husin ni, lepas solat sahaja tok imam pun terus puji memuji si Husin ni. Tapi dengan bongkaknya si Husin berkata " Itu belum ambil wuduk lagi tok, kalau tidak lagi dasyat saya sembahyang ".


Bontot tok imam dan jemaah yang lain terkemut serta-merta setelah mendengar ucapan dari si Husin.
Maka batal lah solat mereka pada ketika itu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Setahun sudah berlalu, si Murad, Busu dan Husin telah berubah sepenuhnya lantaran amukan tok imam pada peristiwa lalu..
Dengar cerita, mereka bertiga nak masuk uji bakat IMAM MUDA.
Semoga Berjaya!!

7 comments:

Anonymous said...

oh, awak sorang daripada mereka? :D

aisya said...

yeay...ehem2
testing 123

Anonymous said...

hahahhaha.. :P aisehh lepas ke tidak uji bakat tu?

mukhsin said...

anonymous : ehee.. awak rasa??

aisya : 456, thx tau :)

knowg : xthu la eden.. mgkin salah sorang sangkut kot. hehe

Anonymous said...

urmm, saya rasa macam awak boleh jadi je. ehee

mukhsin said...

anonymous : nape awak kata begitu?? hihi

Anonymous said...

mukhsin, saya pun tatau kenapa saya kata macam tu. haha.