apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Sunday, September 26, 2010

ini bukan cerita LUCAH!!

Okey, I want u.


Mata birunya sungguh cantik, kami berpandangan seketika.


Sungguh cantik dan seksi.


Dia semakin merapati tubuhku.


Jantung berdegup kencang tatkala jari-jemarinya membelai rambutku penuh manja.


Are you ready?


Yes, I am.


Aahhh indahnya saat itu.


Aku menutup mata dan membiarkan saja dia terus bermain.


Peluh jantan mula mengalir.


Burung-burung berkicauan tanda keriangan.


**flashback**




U charge berapa sekali service?

I kasi murah-murah saja.

Rm15 sekali gunting.


p/s: baru kini aku tahu apa maksud UNISEX.



Wednesday, September 15, 2010

Syaitan itu rajin...

Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi dan aku masih melekat dikatil. Wuaarghhh!! Aku bingkas bangun sambil membuat gaya Wolverine lepas kena cucuk dengan adrenalin adamantium tapi aku menutup aurat tau. Ishh jangan pikir bukan-bukan plak.


Aku tengok henpon, sunyi tanpa mesej dan tanpa membuang masa aku pun meng-sms Lisa Surihani. Tak lama kemudian aku on laptop dengan harapan nak siapkan assignment, (ok2. gua nak on9 fesbuk sebenarnya) . Sementara tunggu laptop, aku pergi ke dapur minum air.


Masuk kembali ke bilik, kepala aku terasa berat. Aku pun baring semula dan tertidur. Kring Kring Kringg.. henponku berbunyi. The queen kol mintak hantar buku ke sekolah. Haiyaa, serius gua malas gila baby. Aku letak kol.


Disini bermula lah sesuatu yang pelik. Aku tengok laptop masih tersisip rapi di atas meja tanpa sebarang usikan. Laptop aku tak on pun. Aku bukak henpon lak, takde mesej masuk. Dan aku tengok sent item, yang ada ialah mesej sulit, semalam punya cerita.

Kondisi mentality aku sangat teruk ni. Tak pernah aku jadi macam ni. Musykilllll……



Adakah aku bermimpi di dalam MIMPI di siang hari??

Syaitan ni memang syaitan betul. Tak boleh tengok orang beriman sikit, ada ja nak kacau.



Monday, September 13, 2010

Kerusi yang semakin mereput...

Sebelum itu..

SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..





GUA MUNCUL KEMBALI!!




p/s: kosong

Saturday, July 24, 2010

Aku dan Bukan CicakMan

Aku cuba melelapkan mata. Penat, memang penat setelah seharian aku berpusing mengelilingi UiTM Shah Alam. Bob Kuman pun boleh jadi kurus macam Saiful Apek kalau pusing UiTM ni tau. Sesape nak try, silakan. Nak lagi best, korang jogging pukul 2 petang.

PAPP!

Celaka punya cicak. Aku berjaya melastik seekor cicak yang sungguh kurang ajaran sivik. Membuang peluru tepat di dahi di saat-saat aku sangat hampir klimaks untuk lena. Kemarahanku tiba-tiba mencanak tatkala melihat rupa cicak yang amat menyakitkan hati itu. Tidak tahukah ia, aku sangat kepenatan?

“Mampus kau kali ini, cicak babi hutan!” kata aku dalam hati.

“Nanti dulu, nanti dulu manusia yang baik budi,” tiba-tiba sang cicak berkata. Ah, cicak apakah ini? Bermanis kata di depan aku, sedang tadi sesuka hati membuang najis di kepalaku.

“Ah. Aku peduli apa. Aku beci kau. Benci, tapi rasa nak bunuh!”

“Baiklah kalau itu keinginanmu. Kau boleh bunuh aku, tapi dengan satu syarat,” kata cicak yang boleh berkata-kata itu dengan muka kesedihan.

“Apa syarat? Apa syarat?” tanyaku pula dua kali.

“Kau lepaskanlah aku dulu. Aku ingin rasakan nikmat kebebasan sebelum mati."

Ah, macam-macam pula cicak ini. Kau yang mengganggu aku, kau pula yang bikin syarat macam-macam. Kau pikir aku bodoh? “Baiklah, aku setuju,” ujarku sambil tersengih.

Setelah menampal gam cap gajah pada kedua-dua kaki cicak itu, aku lekatkan dia pada sehelai kertas dan meletakkan ia di lantai.

“Bebaslah kau wahai cicak yang nakal. Aku nak berehat pun tak senang. Aku pun tak berminat lagi hendak membunuhmu yang sudah tak berguna itu!” herdikku dengan sinis sekali.

Ku lihat sang cicak terkesot-kesot melarikan diri dari beberapa ekor semut yang mula terhidu bau habuannya.

Lalu aku tertidur dengan aman sekali. Mimpi menjadi manusia yang sungguh gagah.


p/s: aku copy entry ni.

Saturday, July 17, 2010

Masih belum mampu BERDIRI


Aku masih mentah dalam soal kehidupan. Entah bila la aku dapat mematangkan diri ini. Umur dah 20 lebih tapi otak kalah budak umur 2 tahun. Haisshh Mukhsin Mukhsin. Bila la kau nak berubah.

Aku bukanlah bintang yang mampu menyinar di malam hari. Aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua. Aku suka melihat orang di sekeliling ku gembira. Muka mereka yang mengukir senyuman sudah cukup untuk mengisi hati ini.

Namun, entah kenapa perasaan itu semakin hari semakin hilang. Adakah aku telah berubah? Hmm aku sendiri tidak pasti. Mungkin sudah sampai masanya aku kembali menyepikan diri. Berkhalwat dengan bayangan yang aku cipta sendiri.

Aku lemah sekarang, walaupun secara fizikalnya aku kuat tapi di dalam sudah hancur yang menanti untuk menjadi debu. Susah… Susah nak digambarkan apa yang aku rasa. Arrrgghhh sakit nyaaa!!




p/s: period pain selama 1tahun setengah @ mungkin lebih. sorry


Saturday, July 10, 2010

Dendam Berahi

Penumbuk dikepal si Usin. Dendam yang sekian terbuku berdarah kembali. Hatinya tidak tenteram. Usin bingkas bangun dan kakinya melangkah ke dapur. Matanya liar mencari sesuatu bak harimau yang sedang kelaparan. Benda yang dicari telah ditemui dan Usin meluru ke depan.

Mak Piah yang sedang melipat kain hairan melihat kelakuan anaknya itu. Mak Piah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. "Usin.. kamu nak ke mana tu?" tanya Mak Piah dek curiga dengan perilaku anaknya itu.
Usin diam dan kemudian membalas "hutang darah mesti dibayar mak!". "Sabar nakk sabarr.." Mak Piah cuba menenangkan Usin. "Usin tak peduli mak. Malam ni semuanya akan dibalas!!" bentak Usin dengan nada suara yang tinggi.

Nafsu amarahnya sudah sampai ke puncak dan tiada sesiapa pun yang dapat menghalang.
"Kau buat aje Usin. Kau buat!" desis hati kecilnya. Usin berdiri megah laksana seorang pahlawan. Berkain pelikat dan bert-shirt cap tesco. Direnung musuhnya yang sedang leka keseronokan. Sungguh meriah malam itu mereka berpesta. Perasaan marahnya semakin meluap.

Tanpa membuang masa Usin mengorak langkah. Ppsssttt..... Pppssssttttt... Jari-jemarinya memicit tin fumakilla dengan rakus sekali. Habis segenap penjuru bilik disemburnya hingga tiada ruang untuk oksigen bergerak. Usin puas! Kah kah kahh.. Usin ketawa tatkala melihat beberapa ekor nyamuk tumbang dek penangan semburan fumakilla.

Malam itu dendam yang disimpan terbalas jua. Usin melompat keriangan dan berhenti setelah kain yang di pakainya hampir terlucut. Usin tersenyum dan memikirkan apa yang ingin dia mimpi pada malam itu.


-Jangan Biarkan Malam Anda Diselubungi Nyamuk-
-Tiada Nyamuk Tidur Pasti Nyenyak-


p/s: Duit gua lagi seringgit dua posen tak cukup nak buat bayar down payment Scuderia. Ada sesiapa yang sudi bersedekah? hihii...

Thursday, July 1, 2010

Journey from Kelantan to Shah Alam

Apa khabar semua? Semoga anda sihat dan ceria selalu..

PERHATIAN!! (saje je)

Usin akan ke Shah Alam untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda. Nebess aku weh. Barang-barang semua tak siap lagi tapi jari-jemari laju je update blog. what the fork.

Lepas ni mungkin tuan hamba busy sedikit dan mungkin blog KERUSI REPUT ini akan terus mereput. Aktiviti merangkak-rangkak di blog lain akan terencat buat seketika. Diharap KALIAN semua sudi menyinggah lagi selepas ini.



Doakan aku berjaya!!


p/s: Alangkah indahnya saat-saat genting ini ada seorang P.A datang membantu. Woooo... GOOD LUCK to ALL. =)