apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Saturday, July 24, 2010

Aku dan Bukan CicakMan

Aku cuba melelapkan mata. Penat, memang penat setelah seharian aku berpusing mengelilingi UiTM Shah Alam. Bob Kuman pun boleh jadi kurus macam Saiful Apek kalau pusing UiTM ni tau. Sesape nak try, silakan. Nak lagi best, korang jogging pukul 2 petang.

PAPP!

Celaka punya cicak. Aku berjaya melastik seekor cicak yang sungguh kurang ajaran sivik. Membuang peluru tepat di dahi di saat-saat aku sangat hampir klimaks untuk lena. Kemarahanku tiba-tiba mencanak tatkala melihat rupa cicak yang amat menyakitkan hati itu. Tidak tahukah ia, aku sangat kepenatan?

“Mampus kau kali ini, cicak babi hutan!” kata aku dalam hati.

“Nanti dulu, nanti dulu manusia yang baik budi,” tiba-tiba sang cicak berkata. Ah, cicak apakah ini? Bermanis kata di depan aku, sedang tadi sesuka hati membuang najis di kepalaku.

“Ah. Aku peduli apa. Aku beci kau. Benci, tapi rasa nak bunuh!”

“Baiklah kalau itu keinginanmu. Kau boleh bunuh aku, tapi dengan satu syarat,” kata cicak yang boleh berkata-kata itu dengan muka kesedihan.

“Apa syarat? Apa syarat?” tanyaku pula dua kali.

“Kau lepaskanlah aku dulu. Aku ingin rasakan nikmat kebebasan sebelum mati."

Ah, macam-macam pula cicak ini. Kau yang mengganggu aku, kau pula yang bikin syarat macam-macam. Kau pikir aku bodoh? “Baiklah, aku setuju,” ujarku sambil tersengih.

Setelah menampal gam cap gajah pada kedua-dua kaki cicak itu, aku lekatkan dia pada sehelai kertas dan meletakkan ia di lantai.

“Bebaslah kau wahai cicak yang nakal. Aku nak berehat pun tak senang. Aku pun tak berminat lagi hendak membunuhmu yang sudah tak berguna itu!” herdikku dengan sinis sekali.

Ku lihat sang cicak terkesot-kesot melarikan diri dari beberapa ekor semut yang mula terhidu bau habuannya.

Lalu aku tertidur dengan aman sekali. Mimpi menjadi manusia yang sungguh gagah.


p/s: aku copy entry ni.

3 comments:

♥ana j♥ said...

haha..bes jugak cerita cicak nih.

♥xaturen♥ said...

ooii best nye.. cerite ni.... ish.2

nuriman said...

hahhaaa..lebih hebat dr kamen rider.
dasat kot..meletakkan gam gajah..hampir tepenyek dibuatnye..ngee~~~