apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Saturday, July 10, 2010

Dendam Berahi

Penumbuk dikepal si Usin. Dendam yang sekian terbuku berdarah kembali. Hatinya tidak tenteram. Usin bingkas bangun dan kakinya melangkah ke dapur. Matanya liar mencari sesuatu bak harimau yang sedang kelaparan. Benda yang dicari telah ditemui dan Usin meluru ke depan.

Mak Piah yang sedang melipat kain hairan melihat kelakuan anaknya itu. Mak Piah dapat merasakan sesuatu akan berlaku. "Usin.. kamu nak ke mana tu?" tanya Mak Piah dek curiga dengan perilaku anaknya itu.
Usin diam dan kemudian membalas "hutang darah mesti dibayar mak!". "Sabar nakk sabarr.." Mak Piah cuba menenangkan Usin. "Usin tak peduli mak. Malam ni semuanya akan dibalas!!" bentak Usin dengan nada suara yang tinggi.

Nafsu amarahnya sudah sampai ke puncak dan tiada sesiapa pun yang dapat menghalang.
"Kau buat aje Usin. Kau buat!" desis hati kecilnya. Usin berdiri megah laksana seorang pahlawan. Berkain pelikat dan bert-shirt cap tesco. Direnung musuhnya yang sedang leka keseronokan. Sungguh meriah malam itu mereka berpesta. Perasaan marahnya semakin meluap.

Tanpa membuang masa Usin mengorak langkah. Ppsssttt..... Pppssssttttt... Jari-jemarinya memicit tin fumakilla dengan rakus sekali. Habis segenap penjuru bilik disemburnya hingga tiada ruang untuk oksigen bergerak. Usin puas! Kah kah kahh.. Usin ketawa tatkala melihat beberapa ekor nyamuk tumbang dek penangan semburan fumakilla.

Malam itu dendam yang disimpan terbalas jua. Usin melompat keriangan dan berhenti setelah kain yang di pakainya hampir terlucut. Usin tersenyum dan memikirkan apa yang ingin dia mimpi pada malam itu.


-Jangan Biarkan Malam Anda Diselubungi Nyamuk-
-Tiada Nyamuk Tidur Pasti Nyenyak-


p/s: Duit gua lagi seringgit dua posen tak cukup nak buat bayar down payment Scuderia. Ada sesiapa yang sudi bersedekah? hihii...

3 comments:

Asyraf Abdul Rahim said...

lemah gila nyamuk kau. nyamuk aku dasyat2. bagi ubat nyamuk kat dia pun dia kuat lagi. eh memanglah kuat. nama pun ubat. eheh.

sini ah aku bagi Rm1.20. tapi kereta tu kita share 50-50. alrite? boleh mukhsin?.

Anonymous said...

bak mai cni no akaun hang..chek bank in rm 1.20..xpon trus rm 2..t hang bank in blk balance 80sen kat chek k..

♥xaturen♥ said...

Banyak tul nyamuk! tp nyamuk kg,. tak le mudarat sangat,..

Scuderia?