Hari ini hari Ahad, ya hari Ahad adalah hari bekerja untuk warga Pantai Timur khususnya negeri Kelantan. Ayah dan ibuku pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk ke tempat kerja masing-masing. Adikku pula ke sekolah dan aku seorang saja ke tempat tidur. Ohh indah nya. hehe
Sedang aku nyenyak tidur, tiba-tiba mataku diganggu oleh cahaya yang amat terang. x payah guna torchlight. "Memang la x yah guna, hari dah siang mangkuk" desus hatiku. Lantaran itu, aku bingkas bangun dan seperti biasa menyedut asap-asap yang lahir dari sebatang rokok.
Tanganku menjalar ke poket seluar, menggagau jari-jemari mengambil sekotak rokok. Memang benar hanya sekotak rokok yang tidak mempunyai rokok walau sebatang. Aku kusut bak kata pepatah bagai layang-layang terputus talinya.
Macam mana la aku boleh x perasan yang rokok dah habis. Hmm tanpa membuang masa aku terus menyarung seluar dan dengan sepantas kilat nya meragut pisang goreng diatas meja. Aku meluru ke pintu pagar. Demmm
Pagar utama rumahku berkunci. Sekali lagi demmm. Aku masuk semula ke dalam rumah untuk menari eh mencari kunci tersebut.
10 minit telah berlalu begitu sahaja.
Baru aku sedar yang aku xde kunci spare. Ohh kambing betul.
Otakku bekerja keras mencari idea. "Nak x nak kau kena buat sin", kata hatiku lg. Aku berfikir sejenak. Ya, aku harus lakukannya.
********************
Pagar batu yang tesergam indah ku tatapi. Akan aku terokai mu wahai pagar. hehe. 123(bilang dlm hati) aku memanjat pagar itu. Aku berada di puncak. Dan tiba-tiba...
Deemmmmm!!!
Jelas kelihatan Mak Leha jiranku memandang tanpa mengelipkan mata tatkala tangannya leka menyiram bunga di taman. Aku terkedu, ngilu, rasa nak terkencing pun ada. Otakku mengecut dalam situasi begini.
Macam mana la aku boleh x perasan Mak Leha sibuk bersiram. Demmm!!
Jatuh saham aku.
0 comments:
Post a Comment