apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Monday, May 31, 2010

Getaran Jiwa Melanda HatiKU..

Otak wa KUSUT. Serious kusut gila baby. Aku pun xtahu nape kusut sangat. Solat sudah, puasa cukup, mandi dah 3-4 kali, makan pun sudah. Hmmm mungkin aku de wat salah ngan orang kot.


AMARAN!! (maksud aku PENGUMUMAN)

Kepada SEMUA makhluk-makhluk khususnya golongan MANUSIA diluar sana (pakai microfon), Saya MUKHSIN bukan nama SEBENAR memohon ampun dan maaf diatas segala salah silap selama hayatku ini.


Sekian. :)










p/s: sesiapa ada buat sewa spaceship x? aku nak pinjam xnak sewa pun. Nak pegi Planet Zuhal jap. Dengar crita kat sana ada jual Char Kuey Tiaw sedapPP.. Teringin gak nak pekena.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN ANDA??

Benda ni aku dapat dapat dari email seorang kawan. Saja nak berkongsi.. Sharing is Caring rite. :)


BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH



JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak
Inteligent, bijak dan genius
Berpesonality yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong
Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yg lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamirkan marahnya
Tidak suka benda yg remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
Berkecenderungan pada benda yang tahyul
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamirkan emosi


MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi
Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semula jadi, jujur pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dengan hiasan rumahtangga
Mempunyai bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
Jangan terlalu moody


APRIL

Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ) berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan
Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit disekitar kepala dan dada
Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

Kekerasan hati dan degil
Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
Pemikiran yang tajam
Mudah marah apabila tidak dikawal
Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental dan fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi
Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk dirumah
Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros


JUN

Berfikiran jauh dan berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai idea atau mood
Idea yang terlalu banyak dikepala
Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
Cepat marah dan cepat sejuk
Suka bercakap dan berdebat
Suka buat lawak dan bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan dan pandai berkawan
Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji adalah musuh, tetapi siapa menegur adalah kawan


JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati
Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
Suka mendiamkan diri
Suka duduk dirumah
Suka tunggu kawan tapi tidak cari kawan
Tidak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tidak kawal diet
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja


OGOS

Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orgnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah dan bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah dan mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin dan dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih, penyayang
Suka mencari kawan


SEPTEMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
Sangat cermat, teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool sangat baik dan mudah simpati
Sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
Kerja yg dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan dan melancong
Kurang menunjukan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik


OKTOBER

Suka sembang
Suka org yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan dan sopan santun
Kecantikan luar dan dalam
Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
Sentiasa berkawan
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan org lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan dan pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
Suka melancong, bidang sastera dan seni
Pengasih, penyayang dan lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati dan cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
Orang yang adil
Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yg luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personaliti dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati
Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
Tidak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari org lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
Cuba sampai berjaya
Badan yg tough
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
Suka duduk dirumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik








p/s: kalau ada yang salah @ xkena ke korang g la tanya DATO FADZILLAH KAMSAH ye.. ;)

Sunday, May 30, 2010

Mission Impossible!!

Hari ini hari Ahad, ya hari Ahad adalah hari bekerja untuk warga Pantai Timur khususnya negeri Kelantan. Ayah dan ibuku pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk ke tempat kerja masing-masing. Adikku pula ke sekolah dan aku seorang saja ke tempat tidur. Ohh indah nya. hehe

Sedang aku nyenyak tidur, tiba-tiba mataku diganggu oleh cahaya yang amat terang. x payah guna torchlight. "Memang la x yah guna, hari dah siang mangkuk" desus hatiku. Lantaran itu, aku bingkas bangun dan seperti biasa menyedut asap-asap yang lahir dari sebatang rokok.

Tanganku menjalar ke poket seluar, menggagau jari-jemari mengambil sekotak rokok. Memang benar hanya sekotak rokok yang tidak mempunyai rokok walau sebatang. Aku kusut bak kata pepatah bagai layang-layang terputus talinya.

Macam mana la aku boleh x perasan yang rokok dah habis. Hmm tanpa membuang masa aku terus menyarung seluar dan dengan sepantas kilat nya meragut pisang goreng diatas meja. Aku meluru ke pintu pagar. Demmm

Pagar utama rumahku berkunci. Sekali lagi demmm. Aku masuk semula ke dalam rumah untuk menari eh mencari kunci tersebut.

10 minit telah berlalu begitu sahaja.

Baru aku sedar yang aku xde kunci spare. Ohh kambing betul.

Otakku bekerja keras mencari idea. "Nak x nak kau kena buat sin", kata hatiku lg. Aku berfikir sejenak. Ya, aku harus lakukannya.

********************

Pagar batu yang tesergam indah ku tatapi. Akan aku terokai mu wahai pagar. hehe. 123(bilang dlm hati) aku memanjat pagar itu. Aku berada di puncak. Dan tiba-tiba...

Deemmmmm!!!

Jelas kelihatan Mak Leha jiranku memandang tanpa mengelipkan mata tatkala tangannya leka menyiram bunga di taman. Aku terkedu, ngilu, rasa nak terkencing pun ada. Otakku mengecut dalam situasi begini.




Macam mana la aku boleh x perasan Mak Leha sibuk bersiram. Demmm!!
Jatuh saham aku.



Saturday, May 29, 2010

Journey from Utara to Selatan!! -siri 1-

Sayup-sayup kedengaran suara ibuku memanggil.

Sin ohh Sin...

Bangun nak. Dah subuh ni, cepat bangun berjemaah dengan bapak kau tu. Jangan sampai batang paip yang kejutkan nanti.

Mendengar saja batang paip aku terus bergegas bangun menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Seram beb kalau kena libas, 2-3 hari jugak la nak fully recover. Itu belum kena ekoq pari lagi (ekor pari). Boleh koma sebulan.

*************************************************************


Tok imam memberi salam dan iikuti bacaaan doa.

Selesai solat SUBUH


***************************************************************

Aku mengambil keputusan untuk sambung tido. Maklumlah orang bujang, standard r sambung tido. Baru saja nak rebahkan kepala, tiba2 telingaku menangkap bunyi sumting di luar bilik.

Aku meninjau di celahan bontot, i mean tingkap. Kelihatan 2 makhluk yg dikenali sedang menyorok di balik pangkal pokok rambutan yg baru nak berputik. Aku kenal siapa mereka.

Mereka berdua tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan. Aku tanpa membuang masa
terus memanggil tok imam merangkap bapakku yang kantoi sedang meng-online facebook. hihi

Ayah tadi Sin nampak ada 2 bayang-bayang kat pokok rambutan tepi bilik. Aku memberitahu bapakku. Haa?? kau biar betul ni Sin? Senapang aku dah lama x berasap ni. Muka bapakku terus bertukar menjadi Arnold SusahNakEja(sebut laju2).


Cepat siap!! tegas bapakku.












********************************************************


to be continue...

Wednesday, May 26, 2010

Apa nak jadi???

Pagi itu nyaman skali, burung berkicauan, rama-rama bebas berterbangan. Hari yang cukup indah bagi seorang guru sekolah rendah yang digelar Cikgu Mael. Beliau seorang yang amat berdedikasi dalam tugas nya.

Kelas 3 Zamrud
*********
Cikgu Mael meminta para pelajar untuk memperkenalkan diri masing-masing sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka. Dimulakan dengan Abu.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi tingkap berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Bila besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Samad berdiri dan dengan lantangnya bersuara, “Saya Samad bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”. Samad tersengih-sengih sambil mengenyit matanya kearah Noni.


Samaaaddd!!! Jerit Cikgu Mael.

Tuesday, May 25, 2010

Keretapi Maut!!

jam 8.20 malam
stesen keretapi Wakaf Bharu, Kelantan
perjalanan menuju ke Segamat, Johor
tempoh minimum perjalanan 11jam


Jam 8.50 malam baru lah nampak kelibat keretapi yang ditunggu-tunggu (memang melayu sungguh), malam tu berat je hati nak tinggalkan ibu dan ayah namun aku gagahkan jua. Padahal plan nak pergi bercuti ngan kawan-kawan. hehe

Coach @
gerabak yang aku naik tu kalau x silap second last. aku ingat lagi kata-kata akak KTM kat kaunter : COACH 7 ye adik (auww muda lg aku) jangan silap ye. Lepas siap letak bag, baru aku sedar yang dalam coach tu ada 2 orang je. Aku dan seorang lelaki yang x dikenali. Memang la x kenal, kalau kenal aku dah g borak-borak dah ngan beliau.

Okey back to the cerita. Sebenar nye aku TAKUT. Seriusly sepanjang pengalaman aku naik keretapi, ni lah 1st time aku dan beliau je yang ade dalam coach. SERAM au!! AaauUUU (bunyi anjing menyalak).

Tanpa membuang masa, aku pun membelek MASTIKA. Novel aku x bawak sbab dah kena derma. Yang ni t aku cerita. Sedang aku kusyuk mentelaah, tiba-tiba lampu dlm coach tu terpadam. DUpp duPP jantung i time tu tau. Aku tutup MASTIKA sbab nak baca camna dalam gelap? x ke gitu. Aku rasa x sedap hati. Macam-macam yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni.

Lampu tu plak kejap padam kejap x. Main-main lak die. Tiba-tiba aku terdegar bunyi derapan tapak kaki orang. Dupp Dup Duppp jantung aku berlari. Bunyi tu semakin jelas kedengaran. Dan secara x sengaja otak aku boleh memikirkan pasal movie The Midnight Meat Train cabai betul. Dah la tu crita pasal bunuh-bunuh, dalam train pulak tu. Mau x menjerit batinku. huhu

Bunyi tapak kaki tersebut berhenti betul-betul sebelah aku.Badan ku basah dek peluh dingin yang laju mengalir. Aku panik dan buntu dan xtahu nak wat apa dan aku kaku dan arghhhh.
Lidah aku kelu kuku kaki kelu. Aku x mampu bersuara.

Tiba-tiba aku dapat rasakan ada tangan yang lebar menepuk bahuku. Aku kaget. Mahu je aku menjerit meminta tolong. Aku terbayang muka mak dan ayah yang mungkin sedang enak menikmati aircond dalam kereta. Aku berserah.

Suddenly satu suara kedengaran.














"dik tiket dik" kata konduktor train.

Perghh time tu tuhan je yang tahu perasaan aku. Malu sedih gembira nak nangis pun ada gak.


p/s : sumpah aku malu dengan brader tiket tu. MaluuU nye i.. AuuUUWWW (sambil gigit MASTIKA)

Wednesday, May 19, 2010

Jangan Kau Lupa !!!

jangan kau lupa..
asal usul kejadian manusia..


namun..
kau keji, kau hina, kau caci pada aku yang lemah..
kau lupa..


kau lupa bahawa..
aku dan kau adalah sama..
kita asalnya dari..
tanah yang dipijak, yang diludah..
jangan kau lupa itu..


jangan kau lupa..
disaat kau menikmati hidangan yang enak,
masih ada disini yang menagih simpati..
demi sesuap nasi..


berbanggakah engkau..
inikah impian yang kau dambakan..


ingatlah hidup ini bagaikan roda..
mungkin hari ini kau senang..
mungkin juga hari esok kau susah..
jgn kau lupa..


sebesar mana pun kuasa yang kau ada..
masih ada yang MAHA BESAR..
jangan kau lupa..



Monday, May 17, 2010

Aku, Cangkul & PAKCIK??

Petang td, seorang hamba ALLAH (ayahku) bersuara selepas kenyang makan nasik goreng kampung..

ayah : hang cuti brapa lama??

me : ermm, x tahu ler. dalam 2 bulan kot.

ayah : tudiaa.. hang bleh speaking KL plak ngan aku.. (gelak-gelak)

me : senyum (dalam hati; babir camne aku leh ckp KL lak ngan ayah aku ni).

ayah : petang ni hang kluaq pi mana-mana x?

me : x kot. duk umah main ngan jack(kucing) ja..

ayah : baguih la. hmm ayah tgok lalang kt depan umah tu dah sama tinggi ngan hang dah (sambil memandang ke arah aku penuh makna).

me : uishh elok la tu. cukup matang t leh kita jual.. x begitu?

ayah : hang toksah nak loyaq buruk depan aku. sat g x pasai-pasai ada yang sakit. (serius)

me : tunduk (senyap x berani nak bersuara)

ayah : dah-dah. pi siap cepat..

me : baik boss!! (sambil menghentak kaki).

ayah : hihihii (mesti gelakkan aku tu).



Aku pun menukar pakain seragam ku kepada kain pelikat cap gajah malas & ber t-shirt cheetah. Aummm aumm (sound effect). hehe. Sedang aku asyik menebas lalang datanglah 2orang makhluk kecil di depan pintu pagar sambil memekik nama seseorang. Tiba-tiba..


makhluk kecil 1 : Assalamualaikum PakCik.

me : Waalaikummussalam. erkk PakCik?? (tiba-tiba aku rasa bagai d panah petir).

makhluk kecil 2 : Ermm PakCik.. Si Polan(adik aku) ada?

me : ada tgah main PS. tp sapa PakCik? tanyaku.

makhluk kecil 2 : sedang berbisik dgn makhluk kecil 1. (mungkin diorang ckp; bongok ke pe pakcik ni).

makhluk kecil 1 : Pakcik ni la PakCik xkan la kitorang yg kecik ni.. (nada tinggi).

me : Owwhhh... (dalam hati aku dah sumpah seranah dah. kang x pasal-pasal de gak kpala budak yg kene tebas kang).

makhluk kecil 1 & 2 : Kami masuk dulu ye PakCikkk.. (tersengih-sengih).

Mungkin diorang dah nmpak badan aku berasap..

me : masuk la ye.. (geramm nye aku ya Allah).


Aku ni dah TUA ke? sampai budak2 tu panggil aku PAKCIK.. aku baru nak masuk 21 oii.. Arghh tidakkk...

Saturday, May 15, 2010

JANGAN SMS @ ON PHONE TIME DRIVE or RIDE!!

dalam kete ni ade moto sebijik.. caye x??


haa.. kan dah nampak moto tu..


org dlm kete ni xthu la jd ape... huhu


seram aku tgok.. moto dlm kete.

Al-kisah :

The Honda crotch rocket rider was traveling at approximately
85 mph. The VW driver was talking on a cell phone when she

pulled
out from a side street, apparently not seeing the
motorcycle
. The rider's reaction time was not sufficient
enough
to avoid this accident.
The car had two passengers

and
the bike rider was found INSIDE the car with them.
The Volkswagen actually flipped over from the force of impact

and
landed 20 feet from where the collision took place.

All three involved (two in the car and the bike rider) were

killed
instantly. This graphic demonstration was placed at
The
Motorcycle Fair by the Police and Road Safety Department..
Pass this on to car drivers or soon to be

New
drivers, or new motorcycle owners
AND ESPECIALLY EVERYONE YOU KNOW WHO HAS A CELL PHONE!!!!!

A picture is worth a thousand words.

Save a life


Stop talking on Cell phones and Texting while trying to drive.

The life you save may be your own..... Or mine...


INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!



Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari IBU!!

thanks for the love u give to me..
i love u mum..
Happy Mother's Day..

Sunday, May 2, 2010

Ajal Maut ditangan TUHAN

Hari ini hari ahad.. paper pagi td dah la terbaikk dari ladang.. aku dah berusaha dan aku pasrah dengan ketentuan-NYA.. Hari dalam sejarah sebab dah 2minggu lebih eden x balik rumah ni haa.. bebudak umah sume dah berubah.. semua dah pandai berfikir dengan waras nya.. “LOVE ALL of YOU” hehe..

Petang td aku bersama afan sahabatku yg tercinta pergi ke segamat membuat assignment (afan je wat keje, den tongah memikirkan isu2 dalam negara). Balik je dari segamat, dlm perjalanan pulang ke JEMENTAH, nyaris-nyaris berlaku pertembungan antara dua insan(WAJA & MYVI).. Memang celaka driver WAJA (lampu signal die kaler biru) bawak kete cam kambing.. ko dah tahu kat situ bukit jgn la memotong LAHANATT... kalau kene td x macam jd Puding Roti plak kitorang t.. Hmm adakah beliau “driver WAJA” xde lesen memandu?? Haa itu kite xthu..

Kalau iye pun nak memotonggg biarlah kena pada tempat & masanya... PIKIR DAHULU ye CIK ABANG oiiii... jangan Men REDAH jer.. ishhh bengang betul aku.. X pasal2 gua kne HEART ATTACK 2minit... & terima kasih x terhingga kepada AFAN kerana berjaya bertindak dengan pantas.. kalau x mmg tersadaii la kite td AFAN.. huhuu.. Syukur kepada ALLAH kerana masih memanjangkan umur KAMI berdua.. :)