apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Sunday, June 6, 2010

Ini bukan kisah ADAMAYA... ini kisah Usin!!!


Hari itu hari Sabtu, dan Usin merancang untuk pulang ke Kampung halaman bersama isterinya Maya dan anak kesayangannya Amani. Perjalanan dari Kedah ke Kelantan amat memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. "Fuhhh, dah lama x balik kampung ni, rasa macam jauh la pulak" desis hati kecil Usin.

"Abang ni, duk termenung ape lg? dah hensem dah ni ayang tengok" kata Maya lembut sambil memeluk Usin dari belakang. Usin tersenyum, lalu berpusing memandang wajah isterinya. "you are so beautiful honey, like Lisa Surihani gitu". Usin mencubit manja pipi Maya. "Daddy.. daddy.. come on daddy", speak Amani sambil berlari-lari comel mengelilingi Usin dan Maya.


Maya tersenyum tatkala melihat suaminya itu mendukung Amani sambil membuat gaya seakan-akan superman. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, kan? Abang tu asyik buzy je" rengek Maya. "Alaa sayang, abang buzy pun untuk sape? awak dengan Amani tu jugak kan. Kebetulan kali ini abang dapat cuti lama sedikit." Usin berkata kepada isterinya tercinta.


Perjalanan daripada Kedah ke Kelantan mengambil masa kira-kira 5 hingga 6 jam. Amani sudah nyenyak dibuai mimpi sambil tangannya memeluk erat TeddyBear hadiah daripada Usin. Begitu juga dengan isterinya, Maya kelihatan sungguh comel seperti Lisa Surihani walaupun ketika sedang tidur. " Hmm jauh lagi perjalanan aku ni," Usin berkata dalam hati.


Gear diturunkan, tatkala kaki Usin semakin rancak menekan pedal minyak keretanya. Kelajuan semakin bertambah. Sudah lama Usin tidak beraksi dengan Honda Type-R miliknya. Usin mengorak langkah, satu demi satu kenderaan dihadapan di potongnya. Tidak kira kereta atau lori, motosikal mahupun beca, Usin tetap memintas. Usin lupa pada Maya dan Amani yang nyenyak tidur. Niat Usin hanya 1, mahu cepat sampai di kampung halaman.


" Eh abang, kenapa laju sangat ni?" tiba-tiba Maya bersuara. Dia terkejut lantaran sikap Usin yang gila baby dalam memandu. "Sayang tidurlah ye, abang nak cepat sampai je bukannya ape" kata Usin. "Bukan ape bang, Maya risau abang bawak laju-laju macam ni" Maya cuba memujuk Usin. "Alaa tenang la sayang, bukan ada ape2 pun," kata Usin sambil memandang Maya.


Tangan Usin laju menurunkan ke gear rendah. Vrrooomm gagah kedengaran bunyi ekzos keretanya. Usin memulas stering dan membelok ke kanan untuk memotong dan...... sebaik sahaja Usin berbuat begitu, jelas kelihatan dihadapannya sebuah Lori Tangki yang sarat membawa muatan Minyak keluaran Petronas. Lori tersebut jelas lebih besar, gedebab dan gagah jika dibandingkan dengan Honda Type-R milik Usin. Maya menjerit "Aaaaahhhhhhhhhhh". Dan BAMMMM !!!!!


"Usin... Ohh Usin, bangun nak" sayup-sayup terdengar suara ibunya. Usin cuba membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat wajah ibunya. Lantas Usin pun, "Mak, mana Maya mak? Mana Amani? Usin bersalah mak. Semua salah Usin". Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya sambil menyesal akibat kesilapan yang dilakukan. Usin tak dapat menahan sebak dihatinya lagi. Usin memeluk ibunya dan menangis bagai tiada penghujung.


Ibunya memegang bahu Usin sambil memandang muka anaknya yang teresak-esak menangis.



PAANNGGG!!!


Berdesing telinga Usin dan jelas keguguran beberapa helai rambut si Usin dan seekor kutu yang pantas menghilangkan diri. Semuanya akibat penampar veteran Ibunya. Usin terpinga-pinga dan otaknya masih bergegar. "Apa bini? Nak kerja pun hang malas. Ada bini konon. Haa tu la hang, tidoq lg lepas Asar, terus jd x betul. Bangun! pi sembahyang cepat!!" pekik ibunya pada nada berfrekuensi tinggi.


Usin terlopong sambil memegang mukanya yang bengkak sebelah akibat keterlanjuran beliau tidur sampai ke maghrib.





p/s: Kesian Usin, beliau menjadi mangsa permainan di alam mimpi. Anda pula bagaimana??


Saturday, June 5, 2010

Usin Dan Bayang-bayang

Usin adalah seorang lelaki yang suka bercakap dengan bayang-bayang dirinya. Usin tidak gila, dia seorang yang waras cuma pemikirannnya berbeza dengan orang lain. Usin suka bermonolog sendirian dan kadang-kadang beliau juga gemar berkomunikasi dengan kucingnya "Jack".

Usin tidak suka orang memandang rendah pada dirinya, dan Usin juga tidak suka orang yang materialistik. Beliau x suka dengan golongan yang gemar "merperlekeh" golongan yang lemah dan golongan orang kaya yang tidak memandang golongan bawahan.

Usin orang biasa yang tidak suka kemewahan. Ramai kawannya berkata, "bodohlah kau ni Usin, kalau aku jd kau dah lama aku POW bapak kau tu". Usin sudah biasa dengan semua itu. Bagi Usin, yang kaya adalah ibu bapanya, bukan dirinya sendiri. Tidak guna bermegah dengan hasil titik peluh orang lain. Usin ingin berdiri dengan tapak kakinya sendiri. Usin yakin dia pasti akan berjaya.

Friendly atau mudah berkawan, itulah Usin. Dia mudah berkawan, tidak mengira golongan mahupun peringkat umur. Bayi, kanak2, remaja,dewasa dan juga warga tua, Usin suka berkawan. Dia tidak memilih bulu dalam persahabatan. Tiada gunanya hubungan yang berlapiskan sesuatu. Everybody deserves a friendship.

Usin si pengacau. Betul!! Usin memang suka mengacau atau menyakat orang. Dia juga suka mengacau air milo kegemarannya. Tabiat si Usin ni dari sekolah lagi. Semua rakan, kawan dan sahabat mengenalinya. Sikap si Usin yang tidak boleh duduk diam mungkin ada yang terguris. Usin meminta maaf, Usin bukanlah bermaksud untuk melukakan seseorang. Niatnya tulus.

Sampai sini sajalah kisah si Usin. Kalau ada umur yang panjang pasti bersambung lagi.




p/s: Sedarlah kita, bangun wahai semua. Pandanglah sekeliling mu, pandanglah dunia dengan hatimu.


AKU TIDAK MAMPU MENJULANG SENJATA, NAMUN AKU MAMPU BERDOA..
"Ya ALLAH, engkau bebaskanlah Bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi Lakhnatullah".


......................................................................................................

Friday, June 4, 2010

ILMU AKU MASIH DI PARAS BUKU LALI...

Benda-benda @ perkara-perkara yang sering kali membuatkan otak aku sembelit memikirkannya.

Renung-renungkan..

*************************************************************

1. Cicak kalau jatuh dalam kolam mati x?


2. Kenapa anjing suka gigit tulang, nape x gigit kayu ke?


3. Korang perasan x harga Planta dah naik?


4. Dulu lain, sekarang lain. betul kn..


5. Kata-kata kawan aku. "lihatlah dengan telinga, dengarlah dengan mata".. cam mana tu eh?


6. Kenapa seekor kambing sangat takutkn air? konfiuss


7. Kalau lelaki jd perempuan, perempuan jd lelaki.. Pondan jd apa??


8. Masih wujudkah seekor PLATIPUS?


9. Telur dengan ayam, mana ada dlu? semak semakkk


10. Macam mana kucing relax ja makan tulang ikan? kesian tekak beliau


************************************************************




p/s: Benda-benda macam ni la yang memberi aku semangat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi..


"ILMU AKU MASIH DI PARAS BUKU LALI"

Thursday, June 3, 2010

Mission Impossible 2!!

Sudah hampir 2 minggu aku berada dirumah, yela dah cuti 2 bulan. Kang aku ckp "sudah hampir 2 minggu aku berada di PLANET PLUTO" korang x percaya plak..

Jam menunjukkan angka 11 pagi @ tengahari. Aku sedang bersiap sedia untuk ke tempat kerja ku. Bestkan masuk keja pukul 11. Anda silap!! Kerja yang aku lakukan ini amat merbahaya. Risiko ditempat kerjaku ada dimana-mana (bapak ah! ni ayat karangan SPM aku dulu).

Pertumpahan darah selalu berlaku disini. Tak kurang juga ada nyawa yang terkorban. Aku sering kali mempertaruhkan nyawaku demi beberapa pinggan nasik. Whoppss.

Baju sudahku sarung, seluar sudahku pakai, rambut aku x sikat. Tak lupa perfume turut ku sembur. Aku sudah bersedia untuk berjuang.

Doakan aku dalam dakapanmu..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ini lah kerja yang aku lakukan.
nak tahu??
tekan SINI.. kluk klukk!!

Wednesday, June 2, 2010

Bertaubatlah KAMU sebelum Terlambat!!

Di dalam sebuah kampung yang permai, kelihatan 3 sekawan remaja yang suka membuang masa dengan melepak. Seorang nama Murad, sorang Busu dan seorang lagi Husin. Aktiviti seharian mereka ini memang menyusahkan banyak pihak, ini menyebabkan tok imam terpaksa turun padang untuk selesaikan masalah budak budak mental ni. Ramai yang tidak senang duduk dengan perangai mereka ini, tetapi apakan daya hak untuk menegur hanya terletak pada bahu tok imam sahaja.

Pada satu hari, tok imam telah datang kepada mereka dengan niat hendak mentarbiyahkan mereka. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar, Tok imam mencabar mereka ke surau pada waktu Maghrib nanti.

Dengan bongkak Murad berkata " Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan pada seluruh pelusuk kampung yang kami ni bukan la sejahil mana seperti yang disangkakan ".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah mereka bertiga ke surau, bagi menyahut cabaran tok imam.

Bila mereka sampai sahaja di surau, tok imam pun menyuruh Murad melaungkan azan. Tanpa berlengah lagi Murad terus sahaja melaungkan azan " Allah Ta'ala... Allah Ta'ala ". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan dan kebengapan si Murad yang bongkak itu.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal juga, angkat sekali tak khusyuk, masuk 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi.

Masuk sahaja kali ketiga, Busu panggil tok imam. " Tok, tok duduk dekat belakang, biar saya yang jadi imam " Tok imam pun dengan penuh yakin undur ke belakang untuk memberi laluan kepada si Busu.

Busu pun angkat la takbiratul ihram " Allahu akbar! " Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba tiba si Busu pusing menghadap ke belakang dan berkata " Aaa, tengok! Sekali je tok!! " Lalu batallah solat Budin dan jemaah yang lainnya. " Tidak boleh harap juga kamu ni " tegas Tok Imam.

Tok imam pun meminta si Husin pula menjadi imam, si Husin tanpa berlengah lagi terus ke depan untuk menjadi imam. Solat tersebut berjalan dengan lancar, bermula dari takbir sampai la habis sembahyang. Siap dengan wirid wiridnya sekali, doa pun sampai mencecah setengah jam lamanya.

Punyalah respek tok imam dekat si Husin ni, lepas solat sahaja tok imam pun terus puji memuji si Husin ni. Tapi dengan bongkaknya si Husin berkata " Itu belum ambil wuduk lagi tok, kalau tidak lagi dasyat saya sembahyang ".


Bontot tok imam dan jemaah yang lain terkemut serta-merta setelah mendengar ucapan dari si Husin.
Maka batal lah solat mereka pada ketika itu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Setahun sudah berlalu, si Murad, Busu dan Husin telah berubah sepenuhnya lantaran amukan tok imam pada peristiwa lalu..
Dengar cerita, mereka bertiga nak masuk uji bakat IMAM MUDA.
Semoga Berjaya!!

Tuesday, June 1, 2010

Ada sesapa nak test OTAK???


Seorang guru, Cikgu Murni (cantik orangnya) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Leman). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak ni, Leman?"


Lalu Leman menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!" tegas Leman.


Cikgu Murni dah tak tertahan melayan karenah si Leman. Dia pun membawa Leman ke pejabat Guru Besar. Sementara Leman menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar.


Guru Besar mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Leman dan jika Leman gagal menjawab, maka Leman harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Leman dibawa masuk ke pejabat Guru Besar dan Cikgu Murni terangkan pada Leman dan Leman bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Guru Besar: Berapa 3 x 3?
Leman: 9
Guru Besar: Berapa 6 x 6?
Leman: 36


Guru Besar terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan si Leman masih selamber menjawab setiap soalan yang diberikan. Lalu Guru Besar memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada Guru Besar, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Guru Besar bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Leman: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Leman: Saku


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Leman: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?


Mata Guru Besar terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Leman terus menjawab.


Leman: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?


Mata Guru Besar sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Leman terus menjawab.


Leman: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Leman: Baik Cikgu!!


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.


Guru Besar sudah kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. Peluh-peluh jantan mulai kelihatan pada dahi beliau.


Leman: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.


Guru Besar semakin resah dan tidak selesa. Beliau melonggarkan ikatan tali lehernya.


Leman: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi Guru Besar rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Leman mendahuluinya.


Leman: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Leman: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Leman: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Leman: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Leman: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Leman: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Leman: Heart


Guru Besar menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Leman, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah". Cikgu Murni memandang Guru Besar dengan seribu pertanyaan.







p/s: Korang lak pikir style GURU BESAR atau LEMAN?? Hiihiii..

Arrhhh lu pikir ah sendiri… LAKHNAT ISRAEL!!



Doakan Mereka Selamat!!

Kapal Mavi Marmala yang ditawan yahudi LAKHNAT masih belum diketahui nasibnya..

Kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza. Setakat ini telah dilaporkan 15 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lain cedera.

Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.

Klik sini untuk selanjut nya. KLIK!!
(video rakaman semasa tentera israel menawan Mavi Marmala)





Sama-samalah kita berdoa agar keselamatan mereka terpelihara. Aminn