apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...
http://kerusireput.blogspot.com
Friday, December 17, 2010
200 Pengikut Syiah Ditahan!!
cakap banyak tak guna korang baca la kat bawah ni kalau RAJIN!!
-------------------------------------
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.
"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.
"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.
Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawatir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.
"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.
"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.
Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.
Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.
Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.
sumber: Utusan Malaysia
--------------------------------------
p/s: cuti lama-lama ni buat otak aku makin mengecut plak..
Saturday, November 27, 2010
Daus dan Musa
Daus: Musaaaa.......
Musa: Apa kena dengan kau ni Daus? Macam kena kejar dengan lembu ja aku tengok. Cuba bawak mengucap sikit. Bertenang wahai sahabatku.
Daus: Huishh, mana boleh bertenang. Kalau aku beritahu mesti kau tak percaya.
Musa: Eh ada barang baik ka??
Daus: Mestilah.. Sebab tu aku datang jumpa kau ni.
Musa: Kau jangan main-main Daus, aritu kau cakap ada barang baik jugak tapi tengok-tengok pondan jugak yang kau sebat.
Daus: Come on Musa. The past is the past.
Musa: Amboi, sejak bila kau pandai speaking London ni?
Daus: Tiap-tiap malam aku tengok Spell It Right kot. Eh kau nak ikut aku ke tak ni?
Musa: Aku nak ikut, tapi kau beritahu aku dulu apa yang kau jumpa?
Daus: Haa.. Macam ni masa aku lalu tepi umah Siti tadi, aku nampak dia tengah main dengan burit.
Musa: Apa?? Burit??
Daus: Yelah burit. Tak kan plastesin pulak.
Musa: Dah. Sekarang jugak kita pergi umah Siti. Aku tak mau terlepas benda-benda macam ni.
Sesampainya di rumah Siti. Daus dan Musa terhendap-hendap di balik tingkap bilik Siti untuk melihat burit itu.
i
ii
iii
iiii
iiiii
iiiiii
iiiiiii
Musa: Daus..
Daus: Ye.
Musa: Itu bukan burit lah mangkuk!!
Daus: Abestu apa?
Musa: Itu namanya BURET!! Faham tak.. BU...RET....
Kelihatan Siti sedang leka memasukkan air ke dalam Buret untuk menjalankan eksperimen sains tingkatan 1.
p/s: harini hujan dan aku kesejukan.
Friday, November 26, 2010
Aku Tanpa CintaMu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
p/s: sekali-sekala layan nasyid apa salahnya..
Sunday, November 21, 2010
The Past.......
but it cannot be ignored.
At some point, it is a part of who you are
and a part of who you will become.
The past is always right behind you.
Watching... Waiting.....
For the moment to come rushing back,
when you least expect it.
__________________________________________
Sunday, October 24, 2010
Seorang Lelaki yang bernama KAMAL
Kamal satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Sebut saja Kamal pasti ramai yang mengenali nama itu. Seorang lelaki yang kacak lagi bergaya juga seorang model walaupun namanya diangkat sebagai seorang fesyen designer yang unggul.
Ramai wanita dan gadis-gadis diluar sana tertarik dengan penampilan dan rupa paras Kamal. Ke mana saja dia melangkah pasti ada yang memandang. Malahan ada juga yang mengambil gambarnya secara sembunyi. Kamal tidak kisah kerana dia sudah lali dengan semua itu.
Pernah sekali seorang gadis pengsan apabila melihat senyuman Kamal padahal dia ingin bersin. Sampai begitu sekali aura si Kamal ni. Begitulah lumrah yang terpaksa dilalui Kamal walaupun pahit untuk ditelan.
Sugar mummy, ibu ayam, lembu, mak angkat semua tidak dilayan Kamal. Mereka hanya mahu menggunakannya untuk kepentingan diri. Kamal tidak mudah untuk ‘dipancing’.
Kamal seorang gay. Ya, gay. Itulah Kamal.
p/s: Good Luck for your Finals to UiTM students. Jangan cuba meniru, dengar cerita dalam dewan ada pasang CCTV.