apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Sunday, October 24, 2010

Seorang Lelaki yang bernama KAMAL


Kamal satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Sebut saja Kamal pasti ramai yang mengenali nama itu. Seorang lelaki yang kacak lagi bergaya juga seorang model walaupun namanya diangkat sebagai seorang fesyen designer yang unggul.


Ramai wanita dan gadis-gadis diluar sana tertarik dengan penampilan dan rupa paras Kamal. Ke mana saja dia melangkah pasti ada yang memandang. Malahan ada juga yang mengambil gambarnya secara sembunyi. Kamal tidak kisah kerana dia sudah lali dengan semua itu.


Pernah sekali seorang gadis pengsan apabila melihat senyuman Kamal padahal dia ingin bersin. Sampai begitu sekali aura si Kamal ni. Begitulah lumrah yang terpaksa dilalui Kamal walaupun pahit untuk ditelan.


Sugar mummy, ibu ayam, lembu, mak angkat semua tidak dilayan Kamal. Mereka hanya mahu menggunakannya untuk kepentingan diri. Kamal tidak mudah untuk ‘dipancing’.





Kamal seorang gay. Ya, gay. Itulah Kamal.




p/s: Good Luck for your Finals to UiTM students. Jangan cuba meniru, dengar cerita dalam dewan ada pasang CCTV.



Saturday, October 9, 2010

The STAR



the STAR makes me smile...........

the STAR could makes me sad....

the STAR makes me laugh..........

the STAR could makes me cry....

the STAR is far away from me..................



I kept staring at the STAR. I sat on a chair watching it at night, trying not to lose it. The STAR is there but it's too far away. I stood up and looked up to the sky. I want to go there. I want to see it more closer so that i could see those shine. I'm flying to it, to the STAR. But then i realize that i was just dreaming.







Sunday, October 3, 2010

Harga Rokok NAIK??

Harga rokok naik sebanyak RM0.70 menjelang jam 12 tengah malam ini.

Kepada para perokok, belilah stok rokok banyak2 ye.


Esok harga kondom plak naik 25sen.


Lusa roti gardenia jadi RM5.00.


Minggu depan harga minyak naik, pastu kuar RON99 lak.


Semua benda nak naik.


1 Malaysia katakan.





p/s: gua rakyat biasa yang suka makan kerepek ubi pedas.






Sunday, September 26, 2010

ini bukan cerita LUCAH!!

Okey, I want u.


Mata birunya sungguh cantik, kami berpandangan seketika.


Sungguh cantik dan seksi.


Dia semakin merapati tubuhku.


Jantung berdegup kencang tatkala jari-jemarinya membelai rambutku penuh manja.


Are you ready?


Yes, I am.


Aahhh indahnya saat itu.


Aku menutup mata dan membiarkan saja dia terus bermain.


Peluh jantan mula mengalir.


Burung-burung berkicauan tanda keriangan.


**flashback**




U charge berapa sekali service?

I kasi murah-murah saja.

Rm15 sekali gunting.


p/s: baru kini aku tahu apa maksud UNISEX.



Wednesday, September 15, 2010

Syaitan itu rajin...

Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi dan aku masih melekat dikatil. Wuaarghhh!! Aku bingkas bangun sambil membuat gaya Wolverine lepas kena cucuk dengan adrenalin adamantium tapi aku menutup aurat tau. Ishh jangan pikir bukan-bukan plak.


Aku tengok henpon, sunyi tanpa mesej dan tanpa membuang masa aku pun meng-sms Lisa Surihani. Tak lama kemudian aku on laptop dengan harapan nak siapkan assignment, (ok2. gua nak on9 fesbuk sebenarnya) . Sementara tunggu laptop, aku pergi ke dapur minum air.


Masuk kembali ke bilik, kepala aku terasa berat. Aku pun baring semula dan tertidur. Kring Kring Kringg.. henponku berbunyi. The queen kol mintak hantar buku ke sekolah. Haiyaa, serius gua malas gila baby. Aku letak kol.


Disini bermula lah sesuatu yang pelik. Aku tengok laptop masih tersisip rapi di atas meja tanpa sebarang usikan. Laptop aku tak on pun. Aku bukak henpon lak, takde mesej masuk. Dan aku tengok sent item, yang ada ialah mesej sulit, semalam punya cerita.

Kondisi mentality aku sangat teruk ni. Tak pernah aku jadi macam ni. Musykilllll……



Adakah aku bermimpi di dalam MIMPI di siang hari??

Syaitan ni memang syaitan betul. Tak boleh tengok orang beriman sikit, ada ja nak kacau.



Monday, September 13, 2010

Kerusi yang semakin mereput...

Sebelum itu..

SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..





GUA MUNCUL KEMBALI!!




p/s: kosong

Saturday, July 24, 2010

Aku dan Bukan CicakMan

Aku cuba melelapkan mata. Penat, memang penat setelah seharian aku berpusing mengelilingi UiTM Shah Alam. Bob Kuman pun boleh jadi kurus macam Saiful Apek kalau pusing UiTM ni tau. Sesape nak try, silakan. Nak lagi best, korang jogging pukul 2 petang.

PAPP!

Celaka punya cicak. Aku berjaya melastik seekor cicak yang sungguh kurang ajaran sivik. Membuang peluru tepat di dahi di saat-saat aku sangat hampir klimaks untuk lena. Kemarahanku tiba-tiba mencanak tatkala melihat rupa cicak yang amat menyakitkan hati itu. Tidak tahukah ia, aku sangat kepenatan?

“Mampus kau kali ini, cicak babi hutan!” kata aku dalam hati.

“Nanti dulu, nanti dulu manusia yang baik budi,” tiba-tiba sang cicak berkata. Ah, cicak apakah ini? Bermanis kata di depan aku, sedang tadi sesuka hati membuang najis di kepalaku.

“Ah. Aku peduli apa. Aku beci kau. Benci, tapi rasa nak bunuh!”

“Baiklah kalau itu keinginanmu. Kau boleh bunuh aku, tapi dengan satu syarat,” kata cicak yang boleh berkata-kata itu dengan muka kesedihan.

“Apa syarat? Apa syarat?” tanyaku pula dua kali.

“Kau lepaskanlah aku dulu. Aku ingin rasakan nikmat kebebasan sebelum mati."

Ah, macam-macam pula cicak ini. Kau yang mengganggu aku, kau pula yang bikin syarat macam-macam. Kau pikir aku bodoh? “Baiklah, aku setuju,” ujarku sambil tersengih.

Setelah menampal gam cap gajah pada kedua-dua kaki cicak itu, aku lekatkan dia pada sehelai kertas dan meletakkan ia di lantai.

“Bebaslah kau wahai cicak yang nakal. Aku nak berehat pun tak senang. Aku pun tak berminat lagi hendak membunuhmu yang sudah tak berguna itu!” herdikku dengan sinis sekali.

Ku lihat sang cicak terkesot-kesot melarikan diri dari beberapa ekor semut yang mula terhidu bau habuannya.

Lalu aku tertidur dengan aman sekali. Mimpi menjadi manusia yang sungguh gagah.


p/s: aku copy entry ni.