apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...
http://kerusireput.blogspot.com
Sunday, June 20, 2010
pergi dan kembali semula
Usin mintak maaf kerana telah lama tidak merangkak-rangkak ke blog kamu semua.. den balik KAMPONG yob!!hahaa.. kampung saya bukan di nogori sombilan yo..
Mana-mana makhluk @ insan yang telah meninggalkan bekas di blog ini.. Akan aku jejak sampai ke lubang tandas...
Terjahhhhh.........
MUKHSIN KEMBALI MERANGKAK!!!
Wednesday, June 16, 2010
Penyakit Kronik Masa Kini
Kita terjahhhh beliau..................!!
"Apa lama sangat hang kat dalam bilik air tu?. Hang dok wat apa Sarip oihh?", tanya ibunya Sarip (ibu kepada Sarip). "Kata tadi nak amik air sembahyang jaa, mak dah tak tahan nih... nak basuh kain." Bebel Mak Cik Kelesom (nama samaran) setelah mendapati anak terunanya itu mengambil wuduk melebihi had masa seorang pewuduk *ada ke pepatah ni?(aku men bubuh ja). Yelah, berwuduk yang tak sampai lima minit dah menjadi lima belas minit. Kroikkkkk.. pintu bilik air berbunyi. Sekonyong-konyong keluarlah si Sarip dari bilik air dengan baju dan kainnya basah lencun. Mengalahkan orang baru mandi, atau paling koman pun kalau tak kalah, seri.
Setelah bersiap lebih kurang, beliau pun bergegas ke masjid yang cukup dekat dengan umah beliau itu(tak sempat nak kentut dah sampai pun). Di dalam masjid tok imam muda baru sahaja memulakan solat asar. Sarip pun mula mengangkat takbir, " Allah..." tetapi tidak menjadi takbiratul ihramnya, kemudian tak jadi jugak, seterusnya pun tak menjadi lagi dan lagi dan lagi.... sehinggalah masuk rakaat kedua barulah dia berjaya mengangkat takbir dengan penuh tawaduk.
Begitulah penyakit was-was yang melanda diri beliau. Ketika mengambil wuduk juga beliau sering membasuh anggota wuduk secara berlebih-lebihan. Selain itu beliau juga akan berwuduk semula jika merasa was-was dengan wuduk yang diambil. Sehingga ada ketika tok imam muda menegur Sarip yang masih berwuduk dari subuh hingga ke zuhur.
Ketika menjalani aktiviti seharian, beliau turut dilanda masalah yang sama. Cuma ketika ingin beribadah, penyakit was-was belaiu itu semakin menjadi-jadi dan akan hilang secara automatik tatkala berada di padang bola.
p/s: Moral of HIS Story.. memang ada syaitan yang sudah termaktub kerjanya menjadikan hati kita ragu-ragu atau was-was. Supaya kita terhindar daripada bisikan syaitan, amalkanlah membaca surah Annas dan ayat kursi. =)
Monday, June 14, 2010
Mimpi Basah..........................
Usin menginap di sebuah dorm di aras 3 Blok Aspura. Dorm itu diberi nama Ibnu Khaldun walaupun separuh daripada penghuni nya berperangai mengalahkan jin ifrit. Di dorm itulah upacara membuat magee secara besar-besaran sering dilakukan dan macam-macam lagi.
Sedang Usin enak diulit mimpi-mimpi indah tetapi kering, perutnya mula membuat karenah. Kruikk kruikk perut Usin berbunyi. Bukan menandakan masuknya waktu Subuh tetapi itulah amaran bencana alam bakal berlaku.
Usin terjaga dari tidur tatkala perutnya mengalami kesakitan yang luar biasa. Baru Usin teringat bahawa selepas bermain bola di padang, beliau telah mengepau setin biskut hwa tai milik junior yang baru dibeli. Mungkin biskut itu telah disumpah menjadi julap dan menyebabkan Usin sakit perut yang teramat.
Tanpa membuang masa, Usin mengejut Berahim sekutu kuatnya yang tidur di katil sebelah. "Berahim.. Berahimm.. bangun la
Mereka berdua berjalan ke tandas yang diterangi dengan lampu pendaflour. Usin pun masuk ke dalam
Sedang kusyuk Usin membuang barangnya tiba-tiba. "Kau cepat sikit Usin, aku dah tak tahan kat luar ni," tegas Berahim yang tensen menunggu di luar. "Jap japp sikit je lagi dah nak sampai dah ni," balas Usin. Crett cretttt (sound effect)...
"Usin lagi 2 minit kau tak keluar aku balik," kata Berahim dengan nada yang serius. Suuhhhh suhhh bunyi air mengalir keluar daripada getah paip menandakan Usin hampir selesai. "Aku di dalam siapa di luar," Usin bersuara dengan niat menghiburkan Berahim yang keseorangan di luar. "Bab! kau nak main2 lagi. Aku pergi jugak kang," balas Berahim.
Usin keluar dari tandas dengan penuh senyuman lantaran hajatnya telah dipenuhi. "Jom.. jom..balik," Usin mengajak Berahim pulang ke dorm mereka.
Sesampai nya di dorm, Berahim menyatakan bahawa dia hendak pergi minum air sebentar. Berahim menyuruh Usin masuk dahulu. "Okey.. okey aku tunggu kau kat katil.. hihiii" kata Usin sambil ketawa kecil.
Usin merebahkan badan sambil matanya memandang katil Berahim. Usin menggigil keseorangan. Beliau tidak percaya dengan apa yang dilihat. Jelas kelihatan tubuh Berahim yang sedang nyenyak tidur di katilnya. Usin tergamam.
Siapakah yang menemani Usin ke tandas sebentar td?. Adakah Berahim atau makhluk lain yang menyamar menjadi rakannya itu?. Semuanya masih menjadi persoalan hingga kini. Usin bingung memikirkannya.
p/s: Semua asrama berpenghuni kan? emm maksud saya "Penghuni" yang ehem ehemm. Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Misteriii =)
Dadah?? Alamak!! kantoiiiii............
Pelakon Komedi Saiful Apek Ditangkap Kerana Ganja
PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini,” katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.
Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

sumber : thestar online..
Friday, June 11, 2010
Kenduri Kahwin?? Apa kata mereka................
Kita saksikan........................
APA KATA MEREKA??
********************************
ROSLI (bukan nama beliau). Seekor monyet pemetik kelapa yang professional.
"Bagi saya Kenduri Kahwin ni bermaksud kerahan tenaga. Saya bekerja tanpa henti bagi menjayakan majlis kenduri tersebut. Kari atau gulai memerlukan santan yang banyak. Santan hasil daripada kelapa, kelapa hasil daripada mana?? DEN JUGAK yang POIE PETIK nyo!!"
*********************************
JOHAN (nama dalam kad pengenalan). Seekor ayam yang sedang menanti masa untuk berwudhuk eh disembelih. Selamilah kata-kata terakhir beliau.
"Kenduri Kahwin bagiku hanyalah ketakutan yang tidak berpenghujung. Hari-hari yang berlalu bagaikan tiada erti. Apalah dosaku, aku hanyalah seekor ayam. Aku mau hidup!!"
**********************************
ATAN (nama sebenar). Seekor semut yang bertungkus-lumus mengangkat cebisan kuih peneram ketika temuramah sedang dijalankan. Beliau telah kehilangan kakinya akibat kencing paling manis.
"Kenduri Kahwin ni memang saya nantikan. Waktu inilah saya dapat makan sepuas-puasnya. Daging si Johan yg enak itu pun sudah dibungkus pulang. Ditambah pula dengan air sirap bandung buatan Pak Karim. Memang jelas terasa nikmatnya!!"
***********************************
L (bukan watak dalam crita DEATH NOTE). Nama singkatan bagi seekor lembu yang kelihat tercungap-cungap menarik nafas tatkala penat melarikan diri setelah dikejar penduduk kampung. Kita terjah beliau... zassSS
"Setiap kali Kenduri Kahwin pasti ku terkenangkan memori zaman kanak-kanak. Seronok nya bermain... eh ehh?? Apa ni? Jangan!! Jangan!! Tolonggggggg!!! Makkkkkkk"
-kata-kata terakhir beliau sebelum berjaya ditangkap Lebai Sarip(seorang penangkap lembu handalan)-
************************************
SAMUEL (nama samaran). Beliau merupakan seekor siput babi yang tiada kaitan pun dalam kisah ini. Namun kita dengarlah luahan hatinya. Dipersilakan....
" Tidak kira hari kahwin ka apa ka. Hari-hari kami dihina. Ada saja yang mencacai. Kami hanyalah siput dan 100% xdak kaitan dengan sorang lg tu BAB!.. Pasal kau BAB! diorang semua panggil aku SIPUT BABI!!"
-Siput Babi itu dalam perjalanan membuat aduan mengenai perkara ini di ADUAN RAKYAT-
-sekian-
Tuesday, June 8, 2010
Cinta Sejati................
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si Ibu yang terperanjat tatkala melihat bayi yang dilahirkannya tiada kedua-dua cuping telinga.
Namun, gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek di pangkuannya. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si Ibu.
Masa terus berlalu......
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis teresak-esak memberitahu bagaimana dia sering diejek rakan-rakan. "Mereka semua kata saya cacat..." kata anak kecil itu kepada si ibu.
Si Ibu menahan sebak. Dipujukya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa kedua-dua cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si Ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu pula bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.
Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Dua tahun berlalu......
"Anakku... kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah berjaya mendapatkan seorang penderma, tapi... dia mahu dirinya dirahsiakan..." kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya bertambah cemerlang dan rasa rendah diri yang dialami si anak sebelum ini hilang dan digantikan keceriaan.
Rakan-rakan memuji ketampanan paras rupanya. Si anak cukup gembira, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak itu menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini. Saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali kepada ayah dan ibunya.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba," sambung si ayah.
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk tanda sependapat dengan suaminya. Keadaan itu terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba jua akhirnya. Ketika si anak duduk di sisi ibunya yang telah meninggal dunia, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut si Ibu yang telah tiada.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. Dadanya sebak tidak terperi. Mata bergenang menahan air jernih dari mengalir.
"Ibumu tidak pernah membuka tudung yang dipakai dan dia juga tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tidak ada sesiapa yang pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia lah satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui."
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Sunday, June 6, 2010
Ini bukan kisah ADAMAYA... ini kisah Usin!!!
Hari itu hari Sabtu, dan Usin merancang untuk pulang ke Kampung halaman bersama isterinya Maya dan anak kesayangannya Amani. Perjalanan dari Kedah ke Kelantan amat memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal. "Fuhhh, dah lama x balik kampung ni, rasa macam jauh la pulak" desis hati kecil Usin.
"Abang ni, duk termenung ape lg? dah hensem dah ni ayang tengok" kata Maya lembut sambil memeluk Usin dari belakang. Usin tersenyum, lalu berpusing memandang wajah isterinya. "you are so beautiful honey, like Lisa Surihani gitu". Usin mencubit manja pipi Maya. "Daddy.. daddy.. come on daddy", speak Amani sambil berlari-lari comel mengelilingi Usin dan Maya.
Maya tersenyum tatkala melihat suaminya itu mendukung Amani sambil membuat gaya seakan-akan superman. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, kan? Abang tu asyik buzy je" rengek Maya. "Alaa sayang, abang buzy pun untuk sape? awak dengan Amani tu jugak kan. Kebetulan kali ini abang dapat cuti lama sedikit." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada Kedah ke Kelantan mengambil masa kira-kira 5 hingga 6 jam. Amani sudah nyenyak dibuai mimpi sambil tangannya memeluk erat TeddyBear hadiah daripada Usin. Begitu juga dengan isterinya, Maya kelihatan sungguh comel seperti Lisa Surihani walaupun ketika sedang tidur. " Hmm jauh lagi perjalanan aku ni," Usin berkata dalam hati.
Gear diturunkan, tatkala kaki Usin semakin rancak menekan pedal minyak keretanya. Kelajuan semakin bertambah. Sudah lama Usin tidak beraksi dengan Honda Type-R miliknya. Usin mengorak langkah, satu demi satu kenderaan dihadapan di potongnya. Tidak kira kereta atau lori, motosikal mahupun beca, Usin tetap memintas. Usin lupa pada Maya dan Amani yang nyenyak tidur. Niat Usin hanya 1, mahu cepat sampai di kampung halaman.
" Eh abang, kenapa laju sangat ni?" tiba-tiba Maya bersuara. Dia terkejut lantaran sikap Usin yang gila baby dalam memandu. "Sayang tidurlah ye, abang nak cepat sampai je bukannya ape" kata Usin. "Bukan ape bang, Maya risau abang bawak laju-laju macam ni" Maya cuba memujuk Usin. "Alaa tenang la sayang, bukan ada ape2 pun," kata Usin sambil memandang Maya.
Tangan Usin laju menurunkan ke gear rendah. Vrrooomm gagah kedengaran bunyi ekzos keretanya. Usin memulas stering dan membelok ke kanan untuk memotong dan...... sebaik sahaja Usin berbuat begitu, jelas kelihatan dihadapannya sebuah Lori Tangki yang sarat membawa muatan Minyak keluaran Petronas. Lori tersebut jelas lebih besar, gedebab dan gagah jika dibandingkan dengan Honda Type-R milik Usin. Maya menjerit "Aaaaahhhhhhhhhhh". Dan BAMMMM !!!!!
"Usin... Ohh Usin, bangun nak" sayup-sayup terdengar suara ibunya. Usin cuba membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat wajah ibunya. Lantas Usin pun, "Mak, mana Maya mak? Mana Amani? Usin bersalah mak. Semua salah Usin". Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya sambil menyesal akibat kesilapan yang dilakukan. Usin tak dapat menahan sebak dihatinya lagi. Usin memeluk ibunya dan menangis bagai tiada penghujung.
Ibunya memegang bahu Usin sambil memandang muka anaknya yang teresak-esak menangis.
PAANNGGG!!!
Berdesing telinga Usin dan jelas keguguran beberapa helai rambut si Usin dan seekor kutu yang pantas menghilangkan diri. Semuanya akibat penampar veteran Ibunya. Usin terpinga-pinga dan otaknya masih bergegar. "Apa bini? Nak kerja pun hang malas. Ada bini konon. Haa tu la hang, tidoq lg lepas Asar, terus jd x betul. Bangun! pi sembahyang cepat!!" pekik ibunya pada nada berfrekuensi tinggi.
Usin terlopong sambil memegang mukanya yang bengkak sebelah akibat keterlanjuran beliau tidur sampai ke maghrib.
p/s: Kesian Usin, beliau menjadi mangsa permainan di alam mimpi. Anda pula bagaimana??