apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Monday, April 11, 2011

Apabila kita sayang......


Bila kita sayang orang tu,

Kita terima je apa yg orang tu kata..

Tapi bila dia kata dekat kita?

Hati kata takpe dia tak sengaja..


Bila kita sayang orang tu,

Kita tunggu dia lama pun takpe..

Tapi bila dia tunggu kita dia marah-marah,

Hati kata ala adatlah,

ada yang menununggu dan ada yang ditunggu..


Bila kita sayang orang tu,

Kita tak tidur pun takpe..

Layan dia yang tengah bosan,

Tapi bila kita bosan ada dia layan kita?

Hati kata takpe dia busy kot..


Bila kita sayang orang tu,

Kita call nak cakap ngan dia..

Tapi dia cakap nak tak nak je..

Bila jadi camtu, takpe..

Hati kata, takpe, itu memang cara dia kot..


Bila kita sayang orang tu,

Kita bercerita dgn dia, tapi ibarat cerita ngan tunggul..

Tapi bila dia bercerita ngan kita,

Kita dengar, sepatah-sepatah kite ingat..

Hati kata takpe sayang la katakan..


Bila kita sayang orang tu,

Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,

Tapi bila kita letih, kita tetap layan dia..

Adil ker macam tu?

Hati kata, ala bukan selalu pun..


Bila kita sayang orang tu,

Kita jadi cam orang gila apabila dengar dia sakit,

Tapi bila kita tengah sakit,

Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan hari kesakitan kita..

Hati kata, ala takpe, tak kan dia nak berkepit ngan kita 24 jam..


Bila kita sayang orang tu,

Kita tak pernah pentingkan diri sendiri..

Tapi dia, masih lagi begitu..

Hati kata takpe, dia memang camtu kena lah terima..


Bila kita sayang orang tu,

Kita tak sanggup tengok dia derita

Tapi dia tak pernah hargai diri kita,

Hati bertanya, tahukah dia betapa kita sayangkan dia??


Bila kita sayang orang tu,

Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya..

Untuk kebahagiaan dia..

Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita lakukan itu??



Aku tidak sempurna


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya....


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya....


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya....


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya...


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana kecantikan paras rupanya,

Kerana kecantikan dia itu boleh berubah menjadi kecacatan,

Dan kau mungkin akan meninggalkannya...


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Terimalah dia seadanya,

Kerana dia seorang TEMAN ,

Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan . Kekurangan ... Keburukan ..

Adalah sifatnya...

.....

Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN

Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman

Kerana kau juga tidak sempurna,

Tiada siapa yang sempurna.

Aku tidak sempurna

.


Sunday, March 20, 2011

AMARAN : Kak Limah MERACAU lepas tengok citer ni.

Ni ambo nok oyak so bendo ni, bare sapo hok ado sakit kencing manih, daroh tinggi, gout, lemoh jantung.. duk blake sket, blake sket.. aahhh. kalu raso nok kelik, kelik lagi bagus.. kelik..kelik...

**********************************


Movie ni paling masyuk skali.. DIE HARD 4 mahupun TERMINATOR pun xleh lawan citer ni..
Aku dah xtahu nak cakap apa.. Korang pergi la ready popcorn..
ENJOY THE SHOW BEBEH!!











Gua dah syak mereka jenis yang xnak mengalah.. Mmg xkan kalah..
Steven Spielberg pun boleh cirit-birit tengok citer ni..
Lagi satu kalau lepas tayang kat Malaysia citer ni, mau lumpuh industri filem tempatan... Ngeee :P





.

Sunday, February 27, 2011

Cermin Ajaib..

Aku bangun tidur petang tadi dengan mata separuh terbuka, aku terus berdiri depan cermin. Aku terkejut. Ni dia yang aku nampak masa tengok cermin.


*************************************************************************




Edward Mukhsin.
(Kalau bagi nama dekat kucing aku pun sedap jugak ni)



**************************************************************************

Besok aku harap ramai yang pakai 'shade' pergi kelas.

Risau pulak takut ada yang sakit mata tengok silauan kulit aku masa kena cahaya matahari nanti.

Dangg!!






P/S: Sejak akhir-akhir ini, aku sering bermain dengan perasaan. Perasaan itu bukanlah nama kawan aku mahupun sejenis permainan. Harap maklum. Psstt.. pssttt... eh ekau la sapo lagi.. Den mintak maaf tau. :)

Monday, February 14, 2011

No Matter..

no matter how much we run,
our heart stays with us.

no matter how much we deny,
our desires grow deeper.

no matter how much we sacrifice,
our souls will never be satisfied.

no matter how much we try,
we still make mistakes.

no matter how much we smiles,
we would be crying.



no matter how.....much..