apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Monday, April 11, 2011

Aku tidak sempurna


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana kelebihannya,

Kerana mungkin dengan satu kelemahan,

Kau mungkin akan menjauhinya....


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana kebaikannya,

Kerana mungkin dengan satu keburukan,

Kau akan membencinya....


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana ilmunya,

Kerana apabila dia buntu,

Kau mungkin akan memfitnahnya....


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana sifat cerianya,

Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,

Kau mungkin akan menyalahkannya...


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Janganlah kerana kecantikan paras rupanya,

Kerana kecantikan dia itu boleh berubah menjadi kecacatan,

Dan kau mungkin akan meninggalkannya...


Apabila kau inginkan SESEORANG sebagai TEMAN,

Terimalah dia seadanya,

Kerana dia seorang TEMAN ,

Yang hanya manusia biasa....

Kelemahan . Kekurangan ... Keburukan ..

Adalah sifatnya...

.....

Kalau itu yang kau boleh terima dari seorang TEMAN

Tidak mustahil kau akan memperolehi keseimbangan dalam berteman

Kerana kau juga tidak sempurna,

Tiada siapa yang sempurna.

Aku tidak sempurna

.


1 comments:

♥xaturen♥ said...

Teman sehidup semati, teman suka dan duka!