apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Saturday, July 2, 2011

Kita Berpisah.


Nasrul dan Aisyah, sepasang kekasih di kemuncak alam percintaan. Semuanya manis dan wangi. Kentut yang Nasrul anginkan, bagi Aisyah umpama bau wangian dari Giorgio Armani. Hari itu mereka berdua keluar bersama menuju ke persisiran pantai.

Nasrul: Cantikkan permandangan hari ini?

Aisyah: Hmm.. Cantik.

Nasrul: Awak okey ke tak ni?

Aisyah: Okey je.

**************************

Nasrul, seorang lelaki yang berfikiran positif. Dia membuat andaian yang Aisyah sudah datang tempoh masa yang tertentu atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil period. Nasrul bukanlah seorang pengkaji tempoh masa itu, jadi dia cuba menaikkan mood pasangannya itu.

Nasrul: Eh ada ikan dolfin lah kat sana.

Aisyah: Jangan nak tipu lah. Awak ingat saya ni bodoh ke ha?!

Nasrul: Eh kenapa ni? Jangan la marah, saya nak cuba hiburkan awak je.

Aisyah: Tak payah susah-susah.

Nasrul: Awak macam tengah berfikir sesuatu je. Ada masalah ke?

Aisyah: Hmm..

***************************


Niat murni Nasrul tidak kesampaian. Namun, dia tidak berputus asa. Dia mahu Aisyah meluahkan apa yang bermain difikirannya.

Nasrul: Beritahu la. Kalau ada yang boleh saya tolong, saya tolong.

Aisyah: Betul awak nak tolong?

Nasrul: Yup. Saya cuba.

Aisyah: Tolong lepaskan saya. Saya mahu berpisah dengan awak.

Nasrul: Hah?? Apa awak cakapkan ni? pandai betul awak bergurau.

Aisyah: Saya serius. Saya nak mintak 'break-up' dengan awak.

Nasrul: Tapi kenapa? Apa salah saya?

Aisyah: Kita sudah tidak serasi lagi bersama.

Nasrul: Kalau ye pun awak nak berpisah, bagilah sebab atau salah saya.

Aisyah: Kalau saya bagi, awak janji akan lepaskan saya?

Nasrul: Saya janji. Beritahu la kenapa?


*****************************


Aisyah: Mulut awak busuk!!

Aisyah terus berlari-lari anak meninggalkan Nasrul sendirian di pesisir pantai.


*****************************

Nasrul yang kebingungan terus menghembus nafas ke tapak tangan dan cuba untuk menghidu.

Nasrul: Ya Allah. Bau longkang!!


*******************************

Mereka pun berpisah. Sekian.






0 comments: