apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Saturday, April 30, 2011

Aaarrgghhhh!!!

Gua punya exam sem ni hancur rasanya. Time-time exam ni la gua jadi pemalas nak mampus. Keje tido bangun tido balik. Buku haram tak ngadap. Ok fine, gua tipu. Gua ada la selak dua tiga page pastu sambung tido balik. Besok paginya baru kelam-kabut gua nak jilat satu-satu pastu terus amik exam. Haishh ape nak jadi pun gua tak tahu la.

Next paper 3hb/10/2011 ni dan jatuh pada hari Selasa. Paper Managerial Economic, salah satu killer paper yang ramai pelajar telah terbunuh dan akan diazab pada semester seterusnya. Ini baru seksaan alam degree, belum masuk azab kubur lagi. Gua harap gua yang bunuh paper ni dulu sebelum gua yang kena bunuh.

Gua juga harap suatu hari nanti gua akan jadi Menteri. Gua nak jadi Menteri Pengajian Tinggi, gua nak ubah silibus UiTM. Gua nak guna manifesto member gua "Ke Arah Pembelajaran Menyeronokan". Kerusi-kerusi dalam kelas semua gua nak tukar jadi kerusi urut, paling cikai pun guna yang cap ogawa. Lepas tu gua wajibkan setiap fakulti bina sebuah bilik khas untuk para pelajar lepaskan tension. Dalam bilik tu ada PS3, Wii, meja pingpong dan kalau ada ruang lebih gua nak taruk swimming pool satu.

Mesti ramai student yang sokong dengan tindakan gua nanti. Bila ramai orang sokong, itu bermaksud gua ada ramai penyokong dan kemungkinan besar gua akan menjadi Perdana Menteri dan secara tidak langsung gua akan jadi femes. Gua boleh lepak dengan Prince William. Main guli sama-sama macam dulu. Gua nak mintak maaf siap-siap dengan kawan-kawan gua kalau gua tak boleh layan lu orang lagi. Gua busy, lunch dekat Paris pastu dinner dekat pergunungan Alps. Apa barang pergi Bukit Ampang.

Tapi lu orang jangan risau, gua tak akan buat kontrovesi seperti membeli kapal selam, menyuntik botox apatah lagi bermain dengan C4. Abes-abes tak ada pun gua akan beli Ferrari sebijik pastu bagi dekat gua punya cucu. Time tu kecoh la sikit, itu pun dekat blog-blog yang anti dengan gua. Mana-mana yang mengancam gua nanti gua tak tunggu lama, terus gua kasi hantar masuk ISA. Gua ikut cara BELIAU.

Lu orang ingat gua main-main ke apa. Gua tengah serius skang ni. Gua ada impian. Impian yang bakal menjadi kenyataan. Aminn

Okey chow. Gua mahu tidur dahulu.



Aaarrrgghhhhh!!!! -Period pain in the making-

4 comments:

jambancomel said...

gua sokong lu punye usul beb ,caya haha

mukhsin said...

jamban comel: lu jangan x undi gua plak nanti... haha *flush


ummul: nasib baik x kena ciken pork.. kalau x mau mencanak kau nak samak t.. hee
gudluck tuk kau ummul..

Ninja Padang Kota said...

kau risau punya risau sekali DL. bengang aku. em semoga dekan lagi sem ni mukhsin!

mukhsin said...

ngee.. aminn.. thx doakan aku acap.. aku doakan kau pun DL jgak sem ni.. aminn.. :)