apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Wednesday, April 28, 2010

MASAK TELUR??


Haaii.. dah berbulu blog ni rupe nye.. hehe.. gua DEMAM n final paper still carry-on.. mmg terbaik.. demm..hahaa.. jarang tuk org yg antibiotik eh silap, antibody yg kuat cam ak tuk jatuh sakit @ demam umum nya.. Ade kisah yg ak nak cerita di sebalik KEDEMAMAN ak ini.. hehe.. eh jap2. Sebenarnye kisah ni xde kaitan pun ngan demam ak sebenarnya.. hihii..


Alkisah nya bermula.. Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.


Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.


Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.


Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.


Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.


“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kok iye pun, iron la dulu baju tu”

nenek.. nenek..
si bongkok 3...
siang mengantuk..
malam membuta..


lenguh lak kaku aku ni!! huhu..

Saturday, April 17, 2010

CINTA PANDANG PERTAMA

Korang percaya x dengan Cinta Pandang Pertama ni?? For me its hard to explain but i believe it.. kali pertama aku bertemu, i know she’s the one.. hahahaa.. terus jatuh cinta beb.. kami bertemu di hentian rehat senawang.. bapak jauh.. umah aku kat kelantan die lak kat seremban.. memang mencanak kalau nak g dating.. hehe.. sejak hari itu tido ku tidak menentu.. tp selera makanku makin bertambah (xkena langsung ark). Yg penting ak mandi bersabun.. haha..

Hmmm back to the topic. Petang tu angin sepoi-sepoi bahasa melayu.. aku duduk termenung di beranda.. lamunan ku tersentak dek tepukan harimau oleh BAPAK ku.. hehe. BELIAU seolah-olah mengerti perasaan hatiku yg gundah-gulana ini.. BAPAK ku pun mula bersuara “hang ni duk termenung jauh nampak.. teringat awek ka pa ni?? hehe”.. susah untuk ku membalas.. namun ku gagah kan jua tuk bersuara. “panjang cerita nya ayah.. silap haribulan lalang ni tumbuh balik pun cerita ni x abess..” ZassSS.. tangan nya menupuk belakang ku sekali lg.. ucap bapaku “don’t worry my son. I’ve got whole day for u” sambil tersenyum.. :)

Aku pun mula mengorak langkah.. ku cerita dari A sampai M. Stop jap minum air then sambung balik sampai ke Z.. Selesai sahaja akU berpuitis, arakian BAPAK ku tegas bersuar “stop dreaming son!! Kamu masih muda.. masih banyak masa dan benda yang belum kamu teroka..” aku tunduk memandang ulat gonggok.. sambung nya “ kamu berdua tidak sesuai bersama.. masih ramai lagi diluar sana yang muda dan sesuai untuk kau..”

Semua hanya kerna aku MUDA dan dia TUA.. betapa hancurnya hatiku pabila mendengar kata-kata itu.. lidahku kelu tuk berbicara.. BAPAKku menyuruh agar aku melupakan dia namun bisakah aku untuk berbuat begitu?? Aku sendiri tidak tahu.. Yang pasti kalau aku bersama dengan dia, pasti bapak ku akan menghalang hubungan kami.. huhu.. luluh hatiku..
Hmm..

This last paragraph i’ve write just 4 u BABY (time ni ngah layan lagu Anuar Zain)...

I thought love was just a mirage of the mind,
it's an illusion, it's fake, impossible to find.
But the day I met you, I began to see,
that love is real, and exists in me.
I'll whisper your name when no one is near
So low that only you can hear
You'll feel my love even if we're apart
You'll know that we are one in heart.
So long my love
I’ll never forget you till the end of my life..

This is the picture of my love..



isn't she cute.. :)


Friday, April 16, 2010

JANDA YANG KEHAUSAN....

Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.

Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Hasnah merasa begitu dahaga sekali…

Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.

Sesampai di dapur… Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…

Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut… Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.

hahahahaaaa...




BLOG??

aku ade blog rupe nye.. huhu..