Kamal satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Sebut saja Kamal pasti ramai yang mengenali nama itu. Seorang lelaki yang kacak lagi bergaya juga seorang model walaupun namanya diangkat sebagai seorang fesyen designer yang unggul.
Ramai wanita dan gadis-gadis diluar sana tertarik dengan penampilan dan rupa paras Kamal. Ke mana saja dia melangkah pasti ada yang memandang. Malahan ada juga yang mengambil gambarnya secara sembunyi. Kamal tidak kisah kerana dia sudah lali dengan semua itu.
Pernah sekali seorang gadis pengsan apabila melihat senyuman Kamal padahal dia ingin bersin. Sampai begitu sekali aura si Kamal ni. Begitulah lumrah yang terpaksa dilalui Kamal walaupun pahit untuk ditelan.
Sugar mummy, ibu ayam, lembu, mak angkat semua tidak dilayan Kamal. Mereka hanya mahu menggunakannya untuk kepentingan diri. Kamal tidak mudah untuk ‘dipancing’.
Kamal seorang gay. Ya, gay. Itulah Kamal.
p/s: Good Luck for your Finals to UiTM students. Jangan cuba meniru, dengar cerita dalam dewan ada pasang CCTV.
1 comments:
haha...gudluck!
Post a Comment