apabila yang diimpikan hanya tinggal jadi mimpi...

http://kerusireput.blogspot.com

Thursday, July 14, 2011

Kamarul TNB


Kriing-kriiingg (henfonku berbunyi).


" Assalamualaikum. "

" Waalaikumsalam. Weh kau ada mana? Tak keluar ke?"

" Aku ada kat rumah la. Tak keluar pegi mana-mana pun. Apesal?? "

" Takde pape. Aku kecik hati dengan kau ni. Sampai hati kau bertunang tak beritahu aku kan. Pian dengan Sudin sume kau ajak. "




" Bertunang apa jadah plak ni?. Aku girlfriend pun takdak!. "

" Eh, ni bukan Kamarul TNB ke? "

" Bukan!! "



Tuuutttt..... Tuutttt...... (talian diputuskan).


Jenis manusia malu nak cakap salah nombor. Macam haram. Bengkak hati gua.




P/S: Kisah dulu akan tinggal sebagai kisah dulu. Hmmm... -11-


.

Sunday, July 10, 2011

Gambar-gambar sekitar BERSIH 2.0 (part 2)

















































































-sumber: ipin dan rakan (rojak)-





mereka-mereka bersongkok tinggi .
sembunyikan kepala yang ligat cari 'rezeki' .
rakyat yang tidak berpangkat puas caci-maki .
semakin lama semakin rebah bangsa di kurun ini .





.

Gambar-gambar sekitar BERSIH 2.0




































































-sumber: Malaysiakini-




-Kata mereka yang pergi ada 5,000 orang saja, rabun sungguh mereka itu.-



Rakyat sudah celik.
Ini bukan lagi zaman Pak Kob naik vespa.
Itu media lu pegang, lu punya acuan.
Lu salah bentuk, lu sendiri kena ketuk.
demokrasi = kuku besi




.

Friday, July 8, 2011

Pengikut Tegar Bersih!!!


Antara pengikut-pengikut tegar bersih..
KUNING!!!







THE SIMPSONS FAMILY







SPONGEBOB


TELETUBBIES



PIKACHU





BUMBLEBEE







- politik itu kelakar-
kah kah kahh

Saturday, July 2, 2011

Kita Berpisah.


Nasrul dan Aisyah, sepasang kekasih di kemuncak alam percintaan. Semuanya manis dan wangi. Kentut yang Nasrul anginkan, bagi Aisyah umpama bau wangian dari Giorgio Armani. Hari itu mereka berdua keluar bersama menuju ke persisiran pantai.

Nasrul: Cantikkan permandangan hari ini?

Aisyah: Hmm.. Cantik.

Nasrul: Awak okey ke tak ni?

Aisyah: Okey je.

**************************

Nasrul, seorang lelaki yang berfikiran positif. Dia membuat andaian yang Aisyah sudah datang tempoh masa yang tertentu atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil period. Nasrul bukanlah seorang pengkaji tempoh masa itu, jadi dia cuba menaikkan mood pasangannya itu.

Nasrul: Eh ada ikan dolfin lah kat sana.

Aisyah: Jangan nak tipu lah. Awak ingat saya ni bodoh ke ha?!

Nasrul: Eh kenapa ni? Jangan la marah, saya nak cuba hiburkan awak je.

Aisyah: Tak payah susah-susah.

Nasrul: Awak macam tengah berfikir sesuatu je. Ada masalah ke?

Aisyah: Hmm..

***************************


Niat murni Nasrul tidak kesampaian. Namun, dia tidak berputus asa. Dia mahu Aisyah meluahkan apa yang bermain difikirannya.

Nasrul: Beritahu la. Kalau ada yang boleh saya tolong, saya tolong.

Aisyah: Betul awak nak tolong?

Nasrul: Yup. Saya cuba.

Aisyah: Tolong lepaskan saya. Saya mahu berpisah dengan awak.

Nasrul: Hah?? Apa awak cakapkan ni? pandai betul awak bergurau.

Aisyah: Saya serius. Saya nak mintak 'break-up' dengan awak.

Nasrul: Tapi kenapa? Apa salah saya?

Aisyah: Kita sudah tidak serasi lagi bersama.

Nasrul: Kalau ye pun awak nak berpisah, bagilah sebab atau salah saya.

Aisyah: Kalau saya bagi, awak janji akan lepaskan saya?

Nasrul: Saya janji. Beritahu la kenapa?


*****************************


Aisyah: Mulut awak busuk!!

Aisyah terus berlari-lari anak meninggalkan Nasrul sendirian di pesisir pantai.


*****************************

Nasrul yang kebingungan terus menghembus nafas ke tapak tangan dan cuba untuk menghidu.

Nasrul: Ya Allah. Bau longkang!!


*******************************

Mereka pun berpisah. Sekian.






Sunday, June 19, 2011

Maaf..


" Dunia ini untuk orang yang hendak hidup sahaja.
Orang yang hidup tapi hatinya mati akan
menyusahkan orang lain. "




-aku sering menyusahkan orang lain-
MAAF.






. . .

Friday, May 27, 2011

Angin...

rindu yang kerap diungkapkan,
lama-kelamaan mungkin menjadi benci.
cinta yang datang seperti angin,
perginya juga seperti angin.
singgah sekejap dan terus menghilang.



.